KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).Kalau betul la berita macam yang dilaporkan Harakahdaily tu, memang boleh jadi berita politik paling lawak. Tak logik langsung Umno nak DAP masuk BN sedangkan Umno sangat-sangat memerlukan DAP sebagai kempen untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya terus setia dengan Umno.
Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.
Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.
Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.
Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.
Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. - Hrkh.
Kalau DAP pun dah sertai BN, ke mana lagi Umno nak halakan "perjuangan ketuanan melayu" depa tu. Kalau DAP dah masuk BN takkan Umno nak belasah DAP lagi.
Kecuali la kalau bila DAP masuk BN, Gerakan atau MCA ditendang keluar. Kalau macam tu ada la sikit logiknya sebab senjata tradisi Umno iaitu "ketuanan melayu" masih boleh ditala kepada MCA atau Gerakan pulak.
Kalau la betul jadi sungguh DAP masuk BN, tentu punya Perkasa akan berebut pakat nak peluk DAP pulak. DAP pun tentu serta-merta bersih dari jelmaan komunis di mata blogger pencacai Umno.
Apa pun, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dengan pantas cantas isu ni.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.Yang lebih tak logiknya, takkan umno sanggup DAP masuk BN sedangkan depa tau yang kat dalam DAP tu penuh dengan orang yang amat tak suka kepada rasuah dan penyelewangan. Macamana orang Umno nak cari makan kalau rasuah dan penyelewengan dah tak boleh dalam BN.
"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis