Etika Pakaian - Hukum Syarak bagaimana pula.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 22, 2011

Etika Pakaian - Hukum Syarak bagaimana pula..

Aku salin dan tampal dari blog Manjongmari.

IPOH – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara halus, baginda bertitah, keadaan sedemikian tidak sesekali harus dibenarkan berlaku khususnya dalam usaha negara bangsa membentuk ketamadunan yang lebih tinggi.

Tegas baginda, seseorang yang bertaraf Raja sendiri wajib memperlihatkan disiplin berpakaian sejajar dengan sesuatu acara yang dihadiri.

“Raja, meskipun berada di puncak takhta kerajaan, tidak dikecualikan untuk berpakaian selaras dengan darjat sesuatu acara sebagai menghormati acara dan menghormati para tetamu yang hadir.

“Adab dan budaya bangsa perlu dihormati, disanjung dan dipertahankan dalam semangat di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) kali ke-175 di sini semalam.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Annur - 31)


Sajak bawah ni aku salin tampal dari blog MuhaiminSulam.

Berseluar Jeans Pagi Ini

Pagi ini aku berseluar jeans dan t'shirt biru
bersarapan segelas air madu
Di pinggir jalan menuju ke pekan
masih bisa kau temui lelaki berbaju
bagai setahun tak berbasuh

Sedang sang pemimpin
membicarakan apakah pakaian
yang sesuai dipakai oleh rakyat

Izinkan kubuka t'shirt ini
untuk lelaki itu

Mohon ijin.

- MuhaiminSulam

Nota Cenangau: Raja Nazrin adalah Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP). Senarai AJK boleh lihat di sini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa Sapa tau kat masjid mana Raja Nazrin solat Jumaat hari ni? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...