Orang Sarawak peduli ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 07, 2011

Orang Sarawak peduli ka?

Oleh:  Cyberboron. 

Ini kisah pilihanraya negeri Sarawak tahun 2001. Mungkin kisah ini dapat dijadikan iktibar untuk menguruskan kempen 2011 yang sedang dilalui. Ketika itu aku menyertai team PAS Perak bertugas di salah satu Daerah Mengundi dalam DUN Sadong Jaya yang ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak (Hj. Adam).

Team kami dianggotai oleh 16 petugas, bermodalkan RM 16 ribu (tambang, makan minum, beli sebuah motosikal EX5 dan kos menganjurkan program) dan bertugas selama 16 hari. Kami berkampung di Sadong Jaya beberapa hari sebelum hari penamaan calon sehingga satu hari selepas hari pengundian. Hasilnya, di daerah mengundi tanggungjawab kami itu Hj Adam dapat 8 undi. Sekira-kiranya 1 undi bersamaan dengan kos sebanyak RM 2 ribu. Nyata pengundi Sadong Jaya tak mau undi PAS ketika itu.

Mengapa begitu dahsyat penolakan pengundi Sadong Jaya terhadap PAS ketika itu? Kami menganjurkan 9 majlis ceramah. Kami menggantung dan menampal poster di merata tempat. Kami berkunjung dari rumah ke rumah. Kira-kira 80 peratus rumah penduduk dapat kami ziarahi. Cuma sebuah rumah panjang tak dapat ditembusi kerana dihalang keras oleh ketua penempatan itu. 

Kami mengedarkan 12 jenis risalah kempen. Kami menganjurkan 3 majlis keramaian yang diisi dengan pelbagai acara dan pertandingan. Selain daripada team 16 petugas tetap, 7 AJK PAS Pusat turut membantu kami secara bergilir-gilir. ADUN Belanja, Dr Faizol berkelana merata kampung memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan dan bantuan perubatan. Mengapa hanya 8 orang yang sudi memberikan undi kepada PAS?

Masyarakat Sadong Jaya tidak menolak sapaan kami. Kami diterima berkunjung ke rumah-rumah mereka malah diraikan dengan makan minum dalam suasana mesra. Pergerakan kami tak dihalang. Hanya ada satu dua kes respon negatif daripada orang besar kampung dan rumah panjang. Kes negatif terpencil itu pun hanya bersaiz S sahaja. Pendek kata, seakan ada harapan untuk dapat 30 ke 40 peratus undi. Tetapi keputusan muktamadnya hanya dapat 8 undi. Aduh!

Apa yang dapat dirumuskan dari kisah ini? Di antara jawabannya ialah masyarakat Sadong Jaya tak ambil pot tentang isu politik. Dengan perkataan lain, mereka TAK PEDULI. Kerja orang politik ialah berkempen, berceramah, berpesta poster, mengedar risalah, berjanji, memberi hadiah dan buat kenduri. Kerja kami orang kampung ialah cari makan dan jaga anak bini. 

Orang politik buat kenduri, kami makan. Orang politik bagi hadiah, kami ambil. Orang politik bagi risalah, kami ambil juga tapi tak ada masa nak baca. Kalau kami baca pun, malaslah nak fikir hal politik ni. Orang politik yang ini kata begini. Orang politik itu kata begitu. Malaslah kami nak fikir mana yang betul. Semua orang kata dirinya saja yang betul.

Bagi kebanyakan pengundi, hanya ada satu dua perkara ‘simple’ yang menjadi penentu ke mana undinya akan diberikan pada hari mengundi iaitu ‘apa yang aku dapat (hari ini) kalau aku undi kamu’, ‘apa yang aku boleh dapat (nanti) kalau aku undi kamu’ dan ‘kalau aku tak undi kamu, apa ruginya aku’.

Maksud ‘apa’ bagi dua soalan awal itu ialah sama ada wang, hadiah, bantuan, geran tanah, kerja (pendapatan) dan lain-lain yang berkaitan dengan untung yang bersifat wang atau benda. Maksud ‘apa’ bagi soalan ketiga juga adalah berkaitan dengan kerugian wang atau benda.

Inilah realiti Sadong Jaya ketika itu. Mungkin inilah juga realiti mentaliti kebanyakan pengundi Sarawak, Sabah dan kawasan majoriti Melayu di Semenanjung hingga ke hari ini. Dan inilah perkara penting yang perlu dianalisis dan dicari penyelesaiannya oleh Pakatan Rakyat sekiranya ingin menang.

Pakatan Rakyat tak mampu beri RM 50 kepada setiap pengundi sebagai upah mereka mengundi PR. Kalau mampu sekali pun, ia tak patut dibuat kerana hakikatnya ialah rasuah. PR juga tak mampu buat program mega yang diisi dengan penyampaian hadiah, hamper dan cabutan bertuah yang mewah kerana PR tak ada jentera kerajaan untuk diperkudakan dan tak ada kapitalis yang sanggup membiayainya. Kalau di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pun PR tak wajar tiru budaya UMNO/BN itu kerana cara begitu tidak demokratik dan berdosa. PR tak boleh ugut pengundi macam cara UMNO/BN. Itu budaya binatang.

Berbalik kepada kisah Sadong Jaya 2001. Salah satu daripada usaha team kami ialah buat keramaian di rumah pusaka peninggalan ayah Hj Adam. Sambil makan minum, kami anjurkan pertandingan mengopek (mengupas) kelapa. Kebetulan aktiviti ekonomi utama di kampung itu adalah berkaitan dengan kelapa. Kami juga buat acara sukaneka kaum ibu dan kanak-kanak. 

Tetamu jemputan hari itu ialah seorang YB PAS dari Perlis. YB itulah yang menyampaikan hadiah dan member sedikit ucapan kempen undi PAS. Oleh kerana majlis itu diiklankan dan surat jemputan dihantar ke rumah-rumah maka ramai jugalah yang hadir (lebih kurang 40-50 orang). Aku masih ingat juara pertandingan kopek (kupas) kelapa hari itu berjaya mengopek (betul ke istilah ni?) 59 biji kelapa dalam masa 1 minit. Jangan tak percaya. [baca seterusnya di sini]

Sumber gambar: FB Demokrasi93

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...