Kalau la Husam berani bertanding kerusi Presiden | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 12, 2011

Kalau la Husam berani bertanding kerusi Presiden

Malaysiakini melaporkan:
Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu bertempat di Markas PAS kawasan Batu.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden. - Mkini
Memang satu keputusan yang cukup mengejutkan. Aku tak terfikir langsung ada kawasan yang berani buat keputusan macam tu.Dari segi peraturan memang langsung tak salah tapi "dari persepsi" sangat-sangat salah. Buktinya aku yakin tentu punya pimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang Bintang (camana boleh tersasul ni???)  paling kurang pun akan pedih telinga disindir.

Aku tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba PAS Kawasan Parit Buntar berani buat keputusan macam tu. Tentu tak tahan telinga punya la kena belasah kiri, kanan, atas, bawah.

Tapi bila diingat balik, memang tak berapa menghairankan pasai masa pemilihan dua tahun lepas pun PAS Kawasan Bukit Bintang buat kejutan jugak bila mencalonkan TG Nik Aziz ke jawatan Presiden. Cumanya kali ni lebih 'daring' bila depa mencalonkan Husam ke jawatan tu.

Agak-agak ada dak lagi kawasan lain yang berani buat macam yang Bukit Bintang buat. Aku yakin takdak. Tapi kata la ada, memang sejarah la. Memang sebelum ni pernah ada pertandingan kerusi no satu PAS tu tapi sejak era 'kepimpinan Ulama' memang tak pernah jawatan tu ada pertandingan.

Aku secara peribadi menyokong keputusan Bukit bintang tu walaupun kalau aku dibagi tanggungjawab sebagai perwakilan aku pun mungkin akan undi TG Hj Hadi.

Aku sokong pasai itu hak depa. Hak yang dijamin oleh perlembagaan PAS Fasal 16 ceraian (1)
(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
(b) Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
Aku sebenarnya sangat setuju kalau Presiden PAS diganti dengan orang lain kalau orang tu lebih hebat dari Presiden yang ada. Cumanya setakat ni aku tak nampak ada orang lain yang lebih sesuai duduk di kerusi tu melebihi TG Hj Hadi. Dan Husam Musa memang tak boleh menang pun kalau bertanding lawan TG Hj Hadi.

Memang Husam ramai penyokong dan pemuja. Kalau buat poll online peluang Husam nak memang memang ada. Tapi masalahnya penyokong dan pemuja Husam sikit sangat yang jadi perwakilan. Yang ramainya langsung takdak tanjak  jadi perwakilan malah ramai yang ahli PAS pun bukan.

Apa pun, aku harap Husam tak bertanding jawatan Timbalan Presiden kali ni. Aku harap Husam bagi laluan kepada Mat Sabu kali ni.

Tentu ada yang akan kata Mat Sabu tak layak pasai dia Syiah. Betul atau tak dia Syiah aku taktau dan aku tak peduli. Kalau betul pun dia Syiah apa masalahnya? TG Hj Hadi sendiri dah keluar 'fatwa' yang bukan semua Syiah tu sesat. Kalau nak kira sesat, yang mengaku Ahli Sunnah wal Jamaah pun ramai yang sesat.

Lagi pun PAS ni Parti Islam Semalaysia, apa salahnya orang macam Mat Sabu jagi Timbalan Presiden. Lain la kalau PAS ni singkatan kepada Parti Ulama' Semalaysia. Kalau parti Ulama' Semalaysia aku pun tak isi borang jadi ahli. Nak jadi ahli macamana, aku mana layak pasai aku pukan ulama'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...