DDOS Attack!! Berita Malaysiakini melalui wordpress dan facebook | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 12, 2011

DDOS Attack!! Berita Malaysiakini melalui wordpress dan facebook

Serangan siber yang bermula jam 11 pagi ini menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses kepada pembaca.

Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi. Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.

Petugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'.

Serangan siber itu dipercayai menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia bagi menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak.

Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru.

Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

Kami akan kembali dengan laporan penuh, khususnya mengenai pilihan raya Sarawak. Ia juga akan boleh didapati tidak lama lagi melalui Wordpress, Blogspot dan platform lain.

Kami memohon maaf atas masalah teknikal itu dan akan memaklumkan kepada pembaca sebarang perkembangan melalui Facebook dan Twitter.

Sumber: AnakSungaiDerhaka

Berita dari Malaysiakini boleh dilayari melalui
http://malaysiakinicom.wordpress.com/

Juga boleh ikuti melalui note facebook
http://www.facebook.com/MalaysiaKini
http://www.facebook.com/mkinibm

Nota kaki makan cekam: Memang sial!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...