MalaysianInsider melaporkan:
KUALA TERENGGANU, 30 April – Dalam kenyataan kedua berkaitan idea kerjasama Umno-PAS di sini hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).Aku cukup mushkil baca berita ni. Apa sebenarnya yang Najib nak ni?
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Najib (gambar) berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
“Kita lihat poster di sini (Terengganu) ‘PAS ganti UMNO’, realitinya ‘DAP ganti PAS’, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau sebagaimana dilaporkan Bernama Online hari ini.
“PAS, cukuplah dalam Pakatan (Rakyat), alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong di sini.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.
“PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam Pakatan Rakyat, sama ada dia nak bergabung dengan kita (BN), itu soal lain.
“Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP,” katanya. - TMI.
Takkan dia ikhlas nasihatkan PAS pasai kesiankan PAS pulak kut. Kalau Najib kesiankan PAS sia-sia ja sepanjang karier dia sebagai ahli politik tak habih-habih berlawan dengan PAS. Kalau najib kesian kat PAS banyak benda yang boleh dia buat.
Kalau bukan ikhlas nasihatkan PAS, untuk apa bagi nasihat macam tu. Patutnya sebagai musuh politik kalau dah betul PAS langsung tak untung berkawan dengan DAP, Najib patut cari jalan galakkan lagi.
Pasainya bila PAS tak untuk dah tentu la yang untung Umno. Pasainya hampir semua kerusi yang PAS bertanding, calon PAS akan lawan calon Umno. Kalau PAS untung yang rugi tentulah Umno.
Dalam politik pilihanraya macam boleh dua-dua untung, kalau menang sama banyak pun bukan dua-dua untung tapi dua-dua tak untung. Akhirnya cuma salah satu ja yang untung.
Mungkin juga Najib nak ujudkan persepsi ang dia ni bagus. Nak cuba bagi rakyat respek kat dia. Walaupun bermusuh dengan PAS tapi masih sanggup nasihatkan PAS. Tapinya, takkan dia bangang macam tu sekali sampai fikir tahap tu. Takkan dia fikir rakyat Malaysia mudah-mudah nak terima macam tu.
Memang aku tak nafikan ada yang akan fikir macam tu, tapi masalahnya kalau ada pun yang fikir macam tu, tentu punya depa-depa tu memang dari dulu sokong Umno dah tak suka PAS. Jadnya ucapan Najib tu tak untungkan Umno pun.
Jadinya, apa yang Najib nak sebenarnya?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis