Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak akan dibuli bagi menamakan pengagantinya atau mendedahkan tarikh pengundurannya hanya kerana pembangkang mahu beliau berbuat demikian.Inilah jawapan yang ditunggu-tunggu dari Taib Mahmud. Dengan jawapan ni semua orang jelas yang Taib Mahmud sebenarnya tak teringin nak berundur sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ni.
Pembangkang tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh (untuk memberikan tarikh). Kita akan lakukan dengan cara yang betul,” katanya kepada wartawan di Kuching hari ini.
"Saya tidak akan tunduk dengan desakan orang yang tidak mampu menguruskan parti mereka sendiri,” katanya.
Taib sepanjang pilihan raya negeri kali ini dibidas pelbagai pihak kerana dikatakan sudah berkhidmat terlalu lama, iaitu 30 tahun dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berundur.
Semalam, Taib berkata beliau akan berundur 'dalam beberapa tahun' meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mendakwa ketua menteri itu telah bersetuju menyerahkan jawatannya selepas pilihan raya 16 April ini. - MkiniFB
Sehari sebelum ni Taib Mahmud bagitau yang dia akan berundur "dalam beberapa tahun ". Satu kenyataan dari Taib Mahmud yang akan memudahkan kerja Pakatan Rakyat untuk berkempen.
Memang jawapan macam ni la yang ditunggu-tunggu oleh Pakatan Rakyat. Penat selama ni dok cerita kat pengundi di Sarawak tapi mungkin ramai yang tak berapa nak percaya. Tapi bila dah tuan badan sendiri jawab macam tu, takkan depa tak percaya lagi.
Yang menariknya, jawapan Taib Mahmud kali ni walaupun dia tala ke Pakatan Rakuat tapi nampak macam dia menyindir Najib. Bersungguh-sungguh sebelum ni Najib bagitau yang Taib Mahmud akan berundur lepas PRN Sarawak ni.
Taib Mahmud nampak macam nak bagitau kat Najib sapa sebenarnya yang berkuasa di Sarawak. Apa yang Najib kata tak penting, semuanya bergantung kepada kehendak cara dia sendiri.
Skrip drama politik Sarawak sampai setakat ni memang menyebelahi Pakatan Rakyat, cuma yang tinggal macamana cara nak pastikan skrip ni sampai kepada seluruh rakyat Sarawak dan depa faham jalan dcerita sebenar.
Kalau rakyat Sarawak dapat difahamkan dengan jalan cerita sebenar ni, tak mustahil bukan setakat 2/3 dapat dinafikan malah peluang untuk menguasai Dun Sarawak sangat cerah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis