Buah tangan pertama MSK dari Sarawak : Jelajah Sarawak #1 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 08, 2011

Buah tangan pertama MSK dari Sarawak : Jelajah Sarawak #1

Oleh: MSK

Sejak sampai di Kuching, Cyberboron sudahpun menghasilkan 4 posting. Sedangkan aku sendiri masih belum dapat rentak untuk menulis.

Semalam, aku baru dapat Daftar Pemilih untuk seluruh Sarawak. (Terima kasih kepada Penerangan Pas Sarawak yang sedia berkongsi). Bila dapat daftar pemilih, lega sikit sebab sekurang-kurangnya, aku tak menulis main hentam saja.

Aku tak mau buat analisa berdasarkan berapa ramai datang ceramah, berapa banyak bendera dan sepanduk. Tetapi berdasarkan fakta dan nombor. Dan jangan percaya cakap aku saja, tapi kita sama-sama perhatikan dan buatlah rumusan sendiri.

Sebelum kita menjelajah kesetiap DUN, kita tengok dulu secara keseluruhan profil pengundi negeri Sarawak.


Terdapat pertambahan sebanyak 106,094 pengundi di Sarawak pada tahun ini berbanding 2006. (Ini cuma nombor yang bertambah, tetapi selepas ditolak berapa yang mati dan berpindah, jumlah pengundi baru di Sarawak hampir 300,000 orang)

Kaum-kaum di Sarawak hampir sama banyak. Kaum Dayak (Iban, Bidayuh, Orang Ulu) merupakan kaum majoriti.

Sentimen di Sarawak semakin berubah kalau dibandingkan dengan pilihanraya-pilihanraya lalu. Kaum Cina sudah berubah memihak kepada Pakatan Rakyat yang menyaksikan DAP menang 6 kerusi pada 2006. DAP mampu menambah kepada 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi kali ini. Perkiraan ini dibuat berdasarkan kebanyakan kerusi-kerusi DAP adalah pertarungan satu lawan satu. (Walaupun ada calon Bebas, tetapi ia tidak akan memberikan kesan yang besar)

Perubahan ketara yang dijangkakan berlaku ialah perubahan sikap majoriti Iban. Semakin ramai orang-orang Iban telah berubah kepada pembangkang, tetapi perubahan ini juga menyebabkan perpecahan dikalangan pembangkang terutama diantara PKR dan SNAP. Masing-masing mahu mengambil kesempatan dari perubahan sikap kaum Iban yang akhirnya akan menyebabkan perpecahan undi.

Orang Melayu/Melanau masih lagi berpihak kepada BN/PBB. Dan ini memberikan kesukaran terutama kepada Pas yang bertanding dikawasan majoriti Melayu/Melanau.

Kaum Bidayuh dan Orang Ulu lebih mementingkan individu dari parti. Mereka akan memilih siapa calon, bukan dari parti mana yang bertanding. Calon yang dekat dihati mereka akan mendapat undi terbanyak. Itu sebabnya, ada calon yang berpindah parti setiap pilihanraya, tetapi masih boleh menang.

Secara kasar, selepas melihat, membaca, mendengar dari pelbagai sumber, aku membuat perkiraan kasar tentang sokongan yang akan diperolehi, begini.

Melayu: BN:75% PR:25%.

Cina: BN: 30% PR: 70%

Iban: BN: 40% PR:60%

Bidayuh: BN:40% PR:60%

Orang Ulu: BN:60% PR: 40%

(Undi kepada PR perlu juga dikongsi bersama SNAP. Oleh itu, pertandingan tiga penjuru diantara BN/PKR/SNAP akan hanya menguntungkan BN)

Sekiranya perubahan dikalangan Cina dan Iban ini benar-benar berlaku, maka pembangkang mampu mendapat kemenangan di 33 buah kerusi DUN. (Seperti dibawah)
[baca seterusnya di sini]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...