mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.Itulah yang menteri dok ulang bagitau rakyat. Banyak mana subsidi yang kerajaan terpaksa tanggung akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.
"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di sini, Sabtu.
Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar. - mStar
Yang aku mushkilnya, kerajaan tak pernah bagitau berapa pulak 'keuntungan' yang kerajaan terima kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
Pasainya, Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak dan dikatakan minyak kita dari gred yang terbaik. Tentulah bila harga minyak dunia naik harga minyak yang kita jual jugak akan meningkat.
Takkan kut harga minyak dunia naik kita masih jual pada harga lama. Takkan kut petronas bangang sangat sampai jual minyak kita tak ikut harga minyak dunia.
Pasai apa kerajaan tak pernah nak cerita berapa lebihan yang kita dapat setiap kali kerajaan cerita berapa subsidi untuk herga minyak meningkat.
Aku memang taktau berapa sebenarnya yang kerajaan dapat tapi aku dok agak-agak lebihan yang kerajaan dapat hasil kenaikan harga minyak dunia melebihi subsidi yang kerajaan terpaksa tanggung.
Masalahnya kemana hasil lebihan pasai kenaikan harga minyak dunia ni kerajaan belanja?
Kesian rakyat negara ni, memanjang dok kena tipu dengan Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis