Usul Mesyuarat : Kalau YB lompat, parti lain pulak bertanding | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 26, 2010

Usul Mesyuarat : Kalau YB lompat, parti lain pulak bertanding

Sumber: lenasgiftgallery
Alhamdulillah, Pas cawangan aku dah selesai mengadakan Mesyuarat Agung minggu lepas. Takdak apa yang menarik sangat mesyuarat agung cawangan ni. Cuma sekadar "menjalankan tanggungjawab" sebagai cawangan yang berdaftar. 

Yang aku nak paparkan kat sini usul yang diluluskan dalam mesyuarat tu. 
-Usul dari Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan:

Keadaan politik Malaysia agak kecok kebelakangan ini apabila 3 Ahli Parlimen Pakatan Rakayat dari Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai telah melompat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Lebih hebat lagi pada tahun lepas, akibat angkara 3 Adun Pakatan Rakyat dari Changkat Jering, Behrang  dan Jelapang di Perak yang melompat menjadi bebas, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah jatuh dan berjaya dirampas olen Barisan Nasional. 

Untuk mengekang kejadian ini dari  berulang lagi di masa masa-masa akan datang, kami AJK Cawangan Pas Jalan Terusan ingin membentangkan satu usul yang berbunyi:
Jika terdapat mana-mana wakil rakyat dari parti-parti Pakatan Rakyat yang melompat keluar dari parti, kerusi berkenaan tidak boleh lagi ditandingi oleh calon dari parti tersebut dan mesti diserahkan kepada parti rakan dalam pakatan Rakyat untuk ditandingi pada pilihanraya seterusnya.
Kami yakin jika usul ini diterima untuk dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kejadian wakil rakyat melompat keluar parti dapat dielak kerana:
  1. Pemilihan calon oleh parti yang terlibat pasti akan dibuat dengan lebih rapi lagi kerana kesilapan memilih calon akan mengakibatkan kerusi berkenaan terlepas kepada parti rakan untuk ditandingi di masa akan datang.
  2. Kawasan, cabang atau bahagian parti berkenaan yang mana calon parti tersebut bertanding dan menang, akan memastikan wakil rakyat berkenaan benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan memastikan apa-apa masalah yamg melibatkan wakil rakyat akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.
  3. Pucuk pimpinan parti-parti di peringkat pusat akan lebih mengambil berat berkenaan masalah diperingkat akar umbi terutama yang ada wakil rakyat kerana ianya akan mempengaruhi pembahagian kerusi untuk pilihanraya seterusnya.
Dari itu, kami dengan ini mengusulkan.
Selepas berbahas, usul tu diterima dengan sikit perubahan. Depa suruh masukkan perkataan "mendesak" pasai nak kena bagi 'kuat' lagi usul tu.

Kut-kut ada cawangan lain yang belum mesyuarat lagi nak bawak usul macam ni bagus jugak. Kalau diperingkat kawasan nak bawak pun ok jugak.

Agak-agak usul ni boleh sampai ke Muktamar Pas Pusat dak? ⊗

Nota kaki makan cekam:  Kalau ada sapa-sapa nak 'bahaskan' usul ni kat sini pun aku sangat alu-alukan tapi kalau bahas kat blog hangpa lagi la aku alu-alukan.

Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...