Suasana PRK Kerdau dan Merlimau | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 06, 2011

Suasana PRK Kerdau dan Merlimau

5:40
MERLIMAU
Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.

Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.
Sunday March 6, 2011 5:40 
5:21
MERLIMAU Meskipun waktu pengundian telah berakhir, namun masih ada penyokong-penyokong BN yang membuat provokasi dengan menyorak penyokong PAS

Mereka melaungkan 'Woi, baliklah... dah kalah!'
Sunday March 6, 2011 5:21 
5:06
Pusat pengundian di kedua-dua Dun ditutup jam 5.00 petang tadi.
Sunday March 6, 2011 5:06 

4:56
MERLIMAU Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, projek mee segera Umno BN sangat ketara pada PRK Merlimau.

"Mafrel daripada awal lagi membantah projek mee segera.Sebelum ini memang ada projek segera tapi kita tengok kali ini semakin menjadi-jadi," katanya

Beliau yang membantah perkara itu berkata, Umno BN tidak ada hak menggunakan wang rakyat untuk melakukan projek-projek semata-mata untuk memenangi hati rakyat.

Seramai enam orang wakil Mafrel Pusat dan tujuh wakil negeri memantau PRK Merlimau.
Sunday March 6, 2011 4:56 
4:52
MERLIMAU Cuaca di merlimau semakin redup dan hujan hanya turun di sesetengah kawasan. Ini membolehkan pengundi yg belum mengundi keluar membuang undi tanpa sebarang halangan hingga saat akhir.
Sunday March 6, 2011 4:52 
4:42
MERLIMAU Semua pusat pengundian kecuali di SJKC Merlimau sudah lenggang dan tenteram. Bagaimanapun keadaan di SJKC Merlimau tetap terkawal.
Sunday March 6, 2011 4:42 
4:39
MERLIMAU 76.7 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang.
Sunday March 6, 2011 4:39 
4:34
KERDAU Setakat jam 4 petang, jumlah keluar mengundi ialah 7,336 atau 81.5%.
Sunday March 6, 2011 4:34 
3:57

SMK Kerdau: Shafie hanya tersenyum mendengarkan laungan 'rasuah..rasuah' oleh penyokong PR sebaik beliau tiba.
Sunday March 6, 2011 3:57 
3:55
KERDAU Kehadiran Naib Presiden Umno, Shafie Apdal disambut laungan 'rasuah..rasuah..' tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

Shafie bagaimanapun hanya tersenyum sambil melambai tangan sewaktu melintasi penyokong PAS.
Sunday March 6, 2011 3:55 
3:54
KERDAU Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.
Sunday March 6, 2011 3:54 
3:51
MERLIMAU Sehingga jam 3 petang, 72.6% atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi.
Sunday March 6, 2011 3:51 
3:50
MERLIMAU Penyokong pakatan melaungkan 'hidup-hidup, BN barang naik', 'undur-undur, Najib', 'Najib-Najib takut bini'

Sunday March 6, 2011 3:50 
3:49

Sekumpulan remaja berbaju biru dihalang polis dari memasuki kawasan penyokong PAS.
Sunday March 6, 2011 3:49 
3:48
KERDAU Anggota polis menghalang sekumpulan remaja berbaju biru yang cuba melalui kawasan penyokong PAS.

Ia dipercayai bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Sunday March 6, 2011 3:48 
3:45
KERDAU Penyokong BN yang ditemui juga berkata, mereka tidak penat untuk merayu undi walaupun cuaca panas terik hari ini.

Kata mereka, "sudah 10 hari kami di sini, tak kan satu hari kami tak boleh tahan".
Sunday March 6, 2011 3:45 
3:45
MERLIMAU Wakil Mafrel Melaka yang ditemui Aris Sipan berkata,daripada pemantau mereka, kedua-dua parti masih belum mematuhi arahan SPR sepenuhnya terutamanya dari segi penggunaan logo parti.

Beliau berkata, secara keseluruhan, PRK kali ini sama dengan PRK yang lepas dari segi aktiviti merayu undi pada hari pengundian.

"Seperti pilihan raya yang lepas,suasananya sama sahaja dan kedua-dua parti masih belum mematuhi arahan SPR," katanya.
Sunday March 6, 2011 3:45 
3:43

Keadaan riuh rendah dengan sorakan kedua-dua belah penyokong namun masih dalam kawalan pihak polis.
Sunday March 6, 2011 3:43 
3:40
KERDAU Sorakan 'Barang naik, tol naik, minyak naik' terus bergema. Kira-kira 200 orang perayu undi PAS masih di sini berbanding beberapa puluh penyong BN.

Penyokong PAS tidak henti-henti bersorak melaungkan 'Umno Balik' kepada penyokong Umno.

Pasukan FRU mengawal ketat kedua-dua penyokong.
Sunday March 6, 2011 3:40 
3:40

SJKC Merlimau: Penyokong PR mengibarkan bendera dan melayangkan duit kepada penyokong BN.
Sunday March 6, 2011 3:40 
3:34
MERLIMAU Suasana di tempat pembuangan undi di SJKC Merlimau agak panas.

Penyokong-penyokong BN melakukan provokasi berterusan sehingga memaksa penyokong-penyokong PAS dan PR membalasnya dengan laungan reformasi dan takbir.

Anggota polis dikerahkan lebih ramai di kawasan ini untuk mengawal keadaan.

Jeritan penyokong Umno BN dengan perkataan 'bodoh' kepada para penyokong pakatan rakyat lebih memanaskan keadaan.
Sunday March 6, 2011 3:34 
3:30
KERDAU Seorang lagi perayu undi, Zulkifli Shaari berkata, beliau seronok berada di sini sejak awal pagi.

"Di sini (SMK Kerdau) sahaja saya rasa bahang pilihan raya, paling ramai perayu di sini, sebab itu kami tidak berganjak," katanya yang datang dari Pulau Pinang.
Sunday March 6, 2011 3:30 
3:30

Norlelawati bersama suami dan anak amat berbesar hati berada di SMK Kerdau dari pagi lagi bagi menyokong parti PAS.
Sunday March 6, 2011 3:30 
3:26
Sunday March 6, 2011 3:26 
3:24
KERDAU Seorang penyokong muslimat, Norlelawati Mat Darus mendakwa, beliau tidak merasa penat walaupun berada di sini merayu undi sejak pagi tadi.
   
"Kami tidak terasa penat kerana kami mahu memenangkan Islam.

"Kami datang ke sini dengan wang sendiri bukan sesiapa taja.

"Jadi kami akan menggunakan masa yang ada ini untuk merayu undi memenangkan parti Islam ini," katanya yang hadir bersama suami dan anak.
Sunday March 6, 2011 3:24 
3:22

SMK Kerdau: Beberapa pengundi keluar menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang semakin lengang.
Sunday March 6, 2011 3:22 
3:16
KERDAU Anggota polis masih berkawal di sini, sebahagiannya berada di tengah-tengah antara kedua-dua penyokong.

Jarang-jarang sekali kelihatan pengundi datang menunaikan tanggungjawab di sini dengan tempoh mengundi tingal kurang dua jam lagi.
Sunday March 6, 2011 3:16 
3:16
MERLIMAU Suasana di beberapa tempat pembuangan undi di dun merlimau mulai lengang, tetapi para penyokong kedua parti tetap terus bersemangat menjalankan tugas mereka.
Sunday March 6, 2011 3:16 
3:14

Penyokong BN di SMK Kerdau yang sesekali membalas sorakan dan laungan dari penyokong PAS.
Sunday March 6, 2011 3:14 
3:12

Penyokong PAS yang masih setia berada di SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 3:12 
3:07
KERDAU Penyokong PAS tidak banyak berubah, masih ramai seperti pagi tadi di SMK Kerdau.

Manakala hanya sekelompok penyokong BN masih sedia di sini.

Mereka hanya mendengar apa sahaja yang dilaungkan penyokong PAS kepada mereka.

Hanya kadang kala berbalas sorakan, saling tuduh menuduh.
Sunday March 6, 2011 3:07 
3:05
MERLIMAU Hujan dijangkan turun petang ini.
Sunday March 6, 2011 3:05 
2:54
KERDAU Seramai 6,805 pengundi iaitu sebanyak 75.62% telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.
Sunday March 6, 2011 2:54 
2:52
MERLIMAU 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.
Sunday March 6, 2011 2:52 
1:56
KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 1 tengahari telahpun mencapai 71.86% iaitu 6,467 pengundi.
Sunday March 6, 2011 1:56 
1:54
MERLIMAU 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari.
Sunday March 6, 2011 1:54 
1:51

SJK(C)Merlimau: Polis menghalang sebuah kereta yang berlogo BN dari memasuki kawasan mengundi.
Sunday March 6, 2011 1:51 
1:47

Kumpulan lelaki berbaju oren yang menambah kekecohan di bilik gerakan DAP UPU Pengkalan Samak.
Sunday March 6, 2011 1:47 
1:43

Penyokong BN berbalas sorakan dengan penyokong PR di hadapan bilik gerakan DAP UPU Pengkalan Samak.
Sunday March 6, 2011 1:43 
1:40
MERLIMAU SJK(C)Merlimau: Kehadiran sekumpulan lelaki berbaju oren dipercayai daripada Perkasa menambahkan kekecohan namun polis hanya membiarkan keadaan itu.
Sunday March 6, 2011 1:40 
1:39

Penyokong PR di hadapan bilik gerakan DAP UPU Pengkalan Samak berhampiran SJK(C)Merlimau.
Sunday March 6, 2011 1:39 
1:31
MERLIMAU SJK(C)Merlimau: Penyokong PR melaungkan 'rasuah...rasuah...curi enjin...kapal selam'

Seorang penyokong DAP, Lester berkata, Umno BN menggunakan remaja untuk berbalas sorakan.

Keadaan semakin kecoh apabila penyokong BN mula membuat aksi tidak sopan.

Seorang pimpinan MCA datang menyokong penyokong BN berbalas sorakan dengan menyebut 'Anwar liwat'.
Sunday March 6, 2011 1:31 
1:23
MERLIMAU SJK(C)Merlimau: Keadaan masih hingar-bingar dengan suara penyokong kedua-dua parti.

Ramai polis kelihatan mengawal keadaan penyokong yang agresif di hadapan bilik gerakan DAP.
Sunday March 6, 2011 1:23 
1:11
MERLIMAU Sek Keb Permatang Serai: masih kelihatan pengundi-pengundi menunaikan tanggungjawab mereka namun perayu undi sudah berkurangan.
Sunday March 6, 2011 1:11 
1:00
KERDAU Biarpun di kebanyakan kawasan lain dalam suasana rehat, namun di SMK Kerdau, keadaan masih seperti awal pagi tadi.

Perayu undi dan penyokong masih setia berpanas ditepi jalan dan masih saling berbalas sorakan sejak awal pagi.

Tinjauan Harakahdaily mendapati kawasan ini adalah paling ramai dan menjadi tumpuan perayu undi berkumpul berbanding tempat-tempat lain.
Sunday March 6, 2011 1:00 
12:58
KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.
Sunday March 6, 2011 12:58 
12:54
MERLIMAU Sehingga jam 12 tengahari, 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
Sunday March 6, 2011 12:54 
12:38
MERLIMAU Di Sek Keb Permatang Serai, polis tidak sempat mengejar remaja-remaja bermotor membawa bendera BN yang masuk ke tempat mengundi membuat provokasi.
Sunday March 6, 2011 12:38 
12:30
KERDAU Kebanyakan perayu undi kini sedang berehat. Suasana tengahari kelihatn tenang. Pengundi juga dilihat berkurang namun dijangka ramai sebelah petang.
Sunday March 6, 2011 12:30 
12:29
MERLIMAU Calon PAS bagi Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah, ketika ditemui semasa tiba di SK Merlimau 2 tadi menyatakan beliau berpuas hati dengan perjalanan PRK. Demikian juga dengan sambutan orang ramai, khususnya para pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Sehingga kini, beliau telah melawat ke empat tempat pembuangan undi atau empat UPU iaitu Chinchin, Ayer Merbau, Jasin Lalang dan Merlimau Utara. 

Berdasarkan sambutan orang ramai terhadap PAS di semua kawasan termasuk empat UPU yang telah dilawati, beliau yakin PAS akan mencipta sejarah gemilang pada PRK Dun Merlimau yang akan diumumkan keputusannya malam nanti.

Beliau juga amat berpuas hati dengan segala usaha, kerja keras seluruh jentera PAS dan jentera Pakatan Rakyat dan amat berterima kasih dengan segala sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepadanya.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga kini. Beliau bersyukur kepada Allah dengan segalanya itu.

Beliau juga cukup yakin dengan kemampuan pihak polis mengawal ketenteraman awam, sehingga membolehkan perjalanan PRK Dun Merlimau berjalan amat lancar sehingga kini.

Cuaca di seluruh kawasan Dun Merlimau hingga saat ini cukup baik. Beliau berharap agar para pengundi akan keluar mengundi sepenuhnya hari ini lebih-lebih lagi dengan keadaan cuacana yang cukup baik. 
Sunday March 6, 2011 12:29 
12:24

SK K.Kerdau: Para penyokong berehat di khemah yang disediakan.
Sunday March 6, 2011 12:24 
12:11
KERDAU Di Sek Keb Kuala Kerdau: Suasana tenang di sini. Kedua-dua penyokong berada pada jarak lebih kurang 50m. Masing-masing sedang berehat dibawah khemah yang disediakan
Sunday March 6, 2011 12:11 
12:10

Peniaga mengambil peluang membuka gerai jualan di sekitar SK Merlimau 2.
Sunday March 6, 2011 12:10 
12:07

Petugas dari parti DAP juga turut serta di SK Paya Taram, Kerdau
Sunday March 6, 2011 12:07 
12:06

SK Paya Taram: Petugas dan penyokong muslimat mula berhenti rehat untuk makan tengahari.
Sunday March 6, 2011 12:06 
12:04
KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.
Sunday March 6, 2011 12:04 
12:03
MERLIMAU Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11.00 adalah sebanyak 43% iaitu seramai 4,571 orang.
Sunday March 6, 2011 12:03 
12:02

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai bersama penyokong BN di SK Paya Taram.
Sunday March 6, 2011 12:02 
11:48
KERDAU Sek Keb Paya Taram: Kekecohan hampir tercetus ketika kehadiran Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai.

Kehadiran beliau disini dicemuh penyokong DAP dengan laungan 'MCA perosak Malaysia' sebagai melawan laungan 'Satu Malaysia' penyokong BN.

Keadaan itu kemudiannya mencetuskan perang mulut antara penyokong China DAP dan MCA sehingga hampir bertumbuk, namun ditahan anggota polis.

Menteri berkenaan kemudiannya beredar.
Sunday March 6, 2011 11:48 
11:43

PJ PAS Wilayah di SK Paya Taram.
Sunday March 6, 2011 11:43 
11:42
KERDAU Di Sek Keb Paya Taram: Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohd Nor Mohamad dan kumpulannya berada di sini sejak awal pagi.

"Pengundi di pusat ini adalah majoriti kaum Cina, jika peratusan keluar mengundi di sini tinggi, tidak mustahil berlaku kejutan".

Turut berada di sini petugas dari DAP dan PKR membantu merayu undi.
Sunday March 6, 2011 11:42 
11:41

Keadaan di pusat pembuangan undi SK Paya Taram tenang.
Sunday March 6, 2011 11:41 
11:27
KERDAU Di Sek Keb Paya Taram: Penyokong kedua-dua pihak diletakkan pada jarak 150m dari pintu pagar pusat mengundi.

Keadaan di sini tenang, dan para penyokong setengahnya berehat dan makan tengahari yang disediakan parti masing-masing.
Sunday March 6, 2011 11:27 
11:13
MERLIMAU Calon PAS, Yuhaizad ketika ini bergerak dari SJK(C) Jasin Lalang menuju ke pusat pengundian SK Merlimau 1.
Sunday March 6, 2011 11:13 
11:05

Suasana penyokong di SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 11:05 
10:59
KERDAU Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin peluang kemenangan PAS.

"Berdasarkan usaha yang kita dah buat dan respon yang kita dapat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sini," katanya.

"Saya harap pengundi luar akan balik mengundi khususnya di kawasan Felda,"

"Walaupun ada sedikit kekecohan di beberapa tempat, keadaan masih terkawal. Biasalah penyokong saling cabar-mencabar".

"Kita mengharapkan 85% keluar mengundi hari ini".

"Dengan cuaca agak baik, pengundi mula ramai keluar mengundi berbanding pagi tadi," jelasnya berpuas hati dengan keadaan proses mengundi setakat ini.
Sunday March 6, 2011 10:59 
10:58

Antara warga emas yang turun menunaikan tanggungjawab di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 10:58 
10:52

Trak FRU yang di bawa masuk di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 10:52 
10:50
KERDAU Peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang.
Sunday March 6, 2011 10:50 
10:49
MERLIMAU Sehingga jam 10 pagi, 30% atau 3,175 orang sudah keluar mengundi.
Sunday March 6, 2011 10:49 
10:46
KERDAU Polis bagaimanapun mengarahkan individu berkenaan tidak lagi mengangkat akhbar tersebut setelah mencetus kemarahan penyokong lawan.
Sunday March 6, 2011 10:46 
10:45

KERDAU: Pelbagai kaedah rayu undi dibuat, termasuk menayangkan muka depan sebuah akhbar mengaitkan skandal seorang Timbalan Menteri.
Sunday March 6, 2011 10:45 
10:38
MERLIMAU Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari ketika ditemui di SJK(C) Jasin Lalang mensasarkan 80 peratus keluar mengundi melihat kepada keadaan cuaca yang baik.

"Kita harap pengundi-pengundi dapat keluar sebelum petang ini dan melihat kepada cuaca yang baik,saya menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi," katanya.

Beliau bagaimanapun sedikit kesal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak tegas dalam membuat keputusan.

Ini katanya berkaitan beberapa perkara seperti kewujudan barung panas dan penggunaan logo parti di mana di sesetengah tempat dibenarkan dan sebahagiannya tidak dibenarkan.
Sunday March 6, 2011 10:38 
10:37
KERDAU SMK Kerdau:Tiga trak FRU kini dibawa masuk ke kawasan ini.

Penyokong BN melaungkan 'Hidup BN', '1Malaysia', penyokong PAS pula melaungkan 'Rasuah' dan 'OneIsrael'.
Sunday March 6, 2011 10:37 
10:25
MERLIMAU Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sehingga jam 9 pagi, 15.55 peratus atau 1,399 orang sudah mengundi.
Sunday March 6, 2011 10:25 
10:21
MERLIMAU SJK(C) Jasin Lalang: Keadaan masih terkawal meskipun penyokong BN acapkali menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bahan ejekan.
Sunday March 6, 2011 10:21 
10:12
MERLIMAU Di SJK(C) Jasin Lalang, keadaan lebih kurang sama dengan di SK Chin Chin di mana penyokong kedua-dua parti berbalas sorakan.

Penyokong BN melaungkan 'Hidup BN' manakala penyokong PAS hanya membalas dengan zikir dan selawat.
Sunday March 6, 2011 10:12 
10:08
KERDAU SMK Kerdau: Polis bertindak menjarakkan kedua-dua penyokong di kedua-dua belah jalan kerana menyekat laluan kenderaan membawa masuk pengundi.
Sunday March 6, 2011 10:08 
9:54

Anggota FRU memperketat kawalan di SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 9:54 
9:53
KERDAU SMK Kerdau: Anggota keselamatan terus mengetatkan kawalan. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan dan ada yang cuba melakukan provokasi.
Sunday March 6, 2011 9:53 
9:50

Calon PAS, Hassanuddin Salim menunjukkan isyarat bagus, tanda puas hati dengan proses pengundian setakat ini.
Sunday March 6, 2011 9:50 
9:47
KERDAU Calon PAS kini menuju ke SK Kuala kerdau.
Sunday March 6, 2011 9:47 
9:46
KERDAU "Saya yakin kita boleh mencapai kemenangan. Saya harap petugas dan pihak keselamatan dapat menjaga keadaan harmoni sepanjang proses pembuangan undi," kata Hassanuddin.
Sunday March 6, 2011 9:46 
9:43

Yuhaizad beramah mesra dengan pengundi di SK Chin Chin Merlimau.
Sunday March 6, 2011 9:43 
9:42

Hassanuddin meninjau proses pembuangan undi di SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 9:42 
9:38

Calon PAS, Hassanuddin Salim ketika tiba di SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 9:38 
9:32
KERDAU Hampir 200 penyokong PAS dan BN berada di SMK Kerdau. Tempat ini menjadi tumpuan selepas kekecohan berlaku sebentar tadi.

Calon tiba di sini jam 9.28 pagi tadi dengan menaiki motosikal.

Beliau bertemu pengundi dan perayu undi termasuk dari BN sebelum masuk ke pusat pengundian
.

Ditanya komen proses pengundian hari ini beliau berkata "Respon sangat baik diterima dari rakyat setakat ini, dan saya harap ianya berterusan".
Sunday March 6, 2011 9:32 
9:28

Suasana di SK Chin Chin Merlimau.
Sunday March 6, 2011 9:28 
9:24

Sunday March 6, 2011 9:24 
9:21
MERLIMAU Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Ya'akob: Pihak polis mengarahkan sebuah kereta penyokong BN menanggalkan bendera BN dari keretanya selaras dengan peraturan baru SPR yang melarang pemasangan bendera parti bertanding pada kenderaan.
Sunday March 6, 2011 9:21 
9:18

FRU mengawal keadaan di SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 9:18 
9:17
KERDAU Keadaan kembali tenang, namun anggota keselamatan masih berkawal disini.

Sunday March 6, 2011 9:17 
9:16

Antara aksi penyokong BN yang cuba membuat provokasi di SK Chin Chin Merlimau.
Sunday March 6, 2011 9:16 
9:13
KERDAU Semakin ramai anggota polis mengawal di sini, penyokong diarah tidak melakukan provokasi kepada penyokong lawan.
Sunday March 6, 2011 9:13 
9:12
MERLIMAU Sementara itu, di luar pusat pengundian, keadaan semakin kecoh dengan provokasi yang ditimbulkan pemuda BN dan dibalas dengan laungan takbir dan bacaan doa oleh penyokong PAS.

Yuhaizad sempat mengetuai bacaan doa bersama penyokong PAS sebelum berlalu ke SK Ayer Merbau.
Sunday March 6, 2011 9:12 
9:09
KERDAU Kekecohan yang dilaporkan sebentar tadi berlaku di jalan Tok muda Malek, laluan menuju ke Sek Men Keb Kerdau.
Sunday March 6, 2011 9:09 
9:07
MERLIMAU Yuhaizad berkata, beliau masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK kali ini.

"InsyaAllah saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK ini dan saya berpuas hati dengan sokongan yang diberikan pengundi-pengundi di seluruh Merlimau," katanya ketika ditemui selepas keluar dari pusat pengundian bersama ibunya.

Sementara itu, Fatimah melahirkan rasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya membuang undi.

"Alhamdulillah saya rasa lega dan gembira dapat membuang undi awal dan saya doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.
Sunday March 6, 2011 9:07 
9:03
KERDAU SMK Kerdau: Keadaan hampir mencetuskan pergaduhan namun ditenangkan oleh anggota parti masing-masing. Pasukan FRU kini dikerah berkawal di sini.
Sunday March 6, 2011 9:03 
9:01
KERDAU Para perayu undi saling berbalas sorakan disamping mengajak pengundi yang melalui jalan tersebut mengundi parti masing-masing.

Berlaku sedikit kekecohan di hadapan sek ini apabila penyokong BN mendekati kumpulan penyokong PAS sambil melaungkan sesuatu.
Sunday March 6, 2011 9:01 
8:59

Suasana penyokong yang mula memenuhi bahu jalan di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.
Sunday March 6, 2011 8:59 
8:56

Calon PAS PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah bersama ibunya, Fatimah Hassan tiba di pusat pembuangan undi SK Chin Chin
Sunday March 6, 2011 8:56 
8:49
KERDAU SMK Kerdau: Perayu undi dari kedua-dua belah pihak memenuhi kedua belah jalan menuju pintu masuk.
Sunday March 6, 2011 8:49 
8:43
MERLIMAU Yuhaizad tiba di SK Chin Chin bersama ibunya, Fatimah Hassan, 66 yang mengundi di sini
Turut bersama beliau isterinya, Syakila Mohamad.
Sunday March 6, 2011 8:43 
8:30
MERLIMAU Di SK Chin Chin, sekumpulan pemuda BN Dari Selangor cuba menimbulkan provokasi dengan bertakbir di hadapan penyokong-penyokong PAS.
Sunday March 6, 2011 8:30 
8:21
MERLIMAU Berlaku sedikit ketegangan di SK Chin Chin apabila penyokong PAS membantah seorang pembawa pengundi BN memakai baju berlogo BN. Namun segera diselesaikan oleh polis yang bertugas.

Sunday March 6, 2011 8:21 
8:19
KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim akan memulakan lawatan ke tempat mengundi jam 8.20 pg di Sek. Keb. Paya Taram
Sunday March 6, 2011 8:19 
8:17
MERLIMAU Di Sekolah Kebangsaan Chin Chin, perayu-perayu undi PAS dan Umno mula mengambil tempat di bahu jalan dengan memegang poster calon masing-masing.

Calon PAS, Yuhaizad Abdullah dijangka menemani ibunya membuang undi di sini jam 8.30 pagi ini.
Sunday March 6, 2011 8:17 
8:00
Pusat pembuangan undi mula dibuka.
Sunday March 6, 2011 8:00 
7:55
KUALA LUMPUR 6 Mac: Proses pembuangan undi bagi PRK Kerdau dan Merlimau berlangsung hari ini.

Di Merlimau, sejumlah 10,679 orang layak mengundi manakala 8,999 orang di Kerdau.
Sunday March 6, 2011 7:55 
Sumber: CoverIt Live Harakahdaily

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...