Gambar hiasan |
Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.Betul ka tokwan ni dapat ancaman bunuh? Sapa yang bangang sangat nak bunuh dia? Pasai apa pulak nak bunuh dia? Untung ka kalau bunuh dia?
Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.
"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis. - Mkini
Kalau pemuja Anwar yang ancam nak bunuh Shuib ni, pada aku silap besar la. Buat apa nak bunuh dia ni? Takdak untung apa, lagi rugi ada laa.
Pasainya, setakat hari ni, isu video ni lebih menguntungkan PKR dan Pakatan Rakyat. Lebih ramai yang lagi tak percaya dari yang lagi percaya. Malah ramai yang semakin meluat dengan cerita skandal Anwar ni. Over sangat.
Kalau betul ada ancaman bunuh macam yang dia kata, aku lebih percaya yang buat tu dari pihak sebelah sana. Pasainya isu ni bukannya menguntungkan Umno BN tapi lebih merugikan.
Tak pasai-pasai cerita pasai Rahim Tambhi Chik yang didakwa rogol budak bawah umur timbul balik. Isu ni, orang bukan setakat nampak Rahim tu teruk, tapi orang akan nampak jugak pemimpin Umno teruk. Yang nak cerita pasai buruk moral orang tu, moral dia lagi buruk.
Dan tak pasai-pasai jugak Najib kena buat penafian kata Umno BN tak terlibat dengan isu video lucah tu. Masalahnya, macamana orang nak percaya bila yang jadi taiko tayang video tu Rahim Tambhi Chik, bekas pemimpin besar Umno, bekas menteri besar lagi.
Bab ancaman bunuh ni, aku lebih percaya Shuib sendiri yang reka (atau dibagi skrip untuk Shuib). Tambah-tambah pulak dua tiga hari lepas si Nazri Aziz, Timbalan Menteri Dalam Negeri kecoh pasai boleh tak boleh nak lindungi The Three Stooges ni. Memang sesuai sangat la Shuib kata ada orang ancam nak bunuh dia, kira macam berkenaan la.
Tapi yang mushkilnya, takdak pulak dengar lagi 2 orang 'T' tu kata depa dapat ancaman bunuh. Pada aku kalau nak buat ancaman bunuh, si Eskey atau Rahim yang lebih patut dapat. Pasainya depa dua ni lebih berat sebagai suspect berbanding Shuib.
Pasainya depa berdua tu memang katanya ada dendam peribadi dengan Anwar, sedangkan Shuib takdak dengar dia ada dendam peribadi dengan Anwar. Taktau la pulak kalau ada cerita lain yang aku taktau atau aku terlepas pandang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis