Aku pun sebenarnya setuju jugak kenyataan tu pasainya aku yakin undi orang melayu yang cuba diraih PAS dan Umno tak akan banyak berubah berbanding PRU12 sebelum ni. Kalau lari pun tak banyak mana sampai boleh mempengaruhi keputusan. Kecualilah kalau berlaku suatu keajaiban, dan ramai orang melayu beralih arah menyokong calon PAS, calon PAS akan menang.
Jentera PAS dan Umno lebih kepada berharap umdi orang melayu yang depa dapat masa PRU12 tak lari ke calon parti lawan. Mungkin dengan bantuan jentera PKR terutama sekali aura Anwar Ibrahim, undi melayu kepada calon PAS harap-harapnya akan bertambah.
Undi orang India pulak payah jugak nak berubah lebih kurang sama macam undi orang melayu. Aku rasa, berdasarkan realiti semasa, undi orang india kali ni mungkin akan berkurang berbanding undi PRU12. Takdak lagi gelombang Tsunami undi orang india untuk calon PAS.
Macam yang dilaporkan dalam berita tu, undi orang kaum cina dikatakan akan menentukan banyak mana calon PAS akan kalah. Pasainya, kedua-dua pihak, DAP dan MCA yakin undi orang cina masih boleh berubah.
Katanya, MCA mensasarkan undi orang cina lebih dari 50% akan undi calon Umno. Dan depa bersungguh-sungguh berharap calon dari Umno ni akan menang dengan majoriti yang lebih besar dari majoriti PRU12. Dan memang pun kalau lebih 50% orang cina mengundi calon Umno tentu punya majoriti akan bertambah.
DAP pulak dilaporkan yakin sekurang-kurangnya 60% pengundi cina akan mengundi calonn PAS. Depa katanya bekerja kearah nak dapatkan sokongan 70% pengundi cina. DAP kata depa mensasarkan untuk mengurangkan majoriti. Dan depa pun bersungguh-sungguh nak capai target tu.
Realitinya, memang PRK Merlimau akan membayangkan sokongan orang cina. MCA tentunya akan bersungguh-sungguh nak dapatkan balik sokongan orang cina dan sampai ke PRK Tenang sebelum ni pun, DAP masih tak berjaya dapatkan balik undi orang cina.
DAP jugak amat memerlukan sokongan orang cina, terutama sekali untuk memastikan kuasa tawar menawar dalam Pakatan Rakyat pada DAP tetap utuh.
Di pihak Umno sendiri pun, nampak gayanya turut mensasarkan kepada pengundi cina. Aku yakin, ugutan SMS yang calon dan pimpinan PAS Melaka dapat tu sebenarnya adalah usaha untuk menakut-nakutkan pengundi cina.
Aku rasa, depa mengharapkan dengan ujudnya perasaan takut, peratus orang cina yang keluar mengundi akan berkurang dan tentunya peratus undi untuk calon PAS jugak akan berkurang.
Di pihak PAS pulak, aku harap DHPP dapat mainkan peranan sebaik mungkin untuk mendekati kaum cina. Sekurang-kurangnya, PRK kali ni, macam PRK sebelum-sebelum ni, jadi 'makmal' kepada DHPP untuk belajar bergerak sebagai jentera rasmi PAS.
Apa pun, kalau calon PAS di Merlimau dapat mengurangkan majoriti kemenangan calon BN pun sebenarnya boleh dianggap sebagai kemenangan. Dan kalau ditakdirkan calon PAS menang, memang satu bonus yang sangat berharga untuk PAS.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis