Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini secara terbuka membidas cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menghadkan bilangan parti politik di negara ini dan menganggap tindakan tersebut mencabuli hak rakyat.Mungkinkah cadangan ni ada kena mengena dengan permohonan untuk penubuhan Pakatan Rakyat secara sah sebagai parti politik yang dah dihantar lebih setahun dulu?
"Suruhanjaya dengan keras mendesak ROS supaya tidak meneruskan cadangan itu dan menghormati hak rakyat untuk memilih perwakilan dan hubungan politik mereka,” kata pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan.
Meskipun mengakui adalah bidang kuasa ROS untuk melulus atau menolak permohonan untuk pendaftaran parti baru mengikut Seksyen &, Akta Pertubuhan 1966, namun Hasmy berkata menghadkan jumlah parti dan menghalang pendaftaran permohonan baru tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia. Ini kerana ia membataskan kebebasan membentuk persatuan dan kebebasan bersuara.
"Suara rakyat membentuk asas kuasa kerajaan dan sehubungan itu, mereka mempunyai hak untuk memilih perwakilan merea,” katanya.
"Hak menentukan kerajaan adalah hak asasi yang dijamin dalam Perkara 119, perlembagaan persekutuan dan Perkara 21 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.” - Mkini
Nak jawab kata pendaftaran tak diluluskan, mungkin depa sendiri rasa tak berapa nak kena. Jadi buat peraturan untuk hadkan parti politik, habih cerita.
Apa pun sebab musababnya, tentu punya cadangan tu dengan niat untuk menguntungkan Umno BN. Kalau tidak takkan saja-saja ROS nak bercadang nak buat peraturan tu?
Puak-puak 'anjing Umno' ni bukan peduli sangat apa yang orang nak kata. Yang pentingnya, tuan depa tetap terpelihara.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis