Mat Sabu hampir pasti menang Timbalan Presiden | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 24, 2011

Mat Sabu hampir pasti menang Timbalan Presiden

Setakat ni yang dilaporkan cuma satu kawasan saja yang dah buat Mesyuarat Agung, PAS Kawasan Pengkalan.  

Yang menariknya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Kubang Kerian yang Husam Musa sebagai YDP sebulat suara mencalonkan Hj Mohd Sabu sebagai calon Timbalan Naib Presiden.

Lebih menarik lagi hanya jawatan tu saja yang diputuskan dalam mesyuarat tu, lain-lain jawatan diserahkan kepada mesyuarat AJK untuk diputuskan.   
   
Aku yakin, itu adalah signal dari Husam Musa sendiri yang secara tak langsung nak bagitau yang dia bagi laluan kepada Mat Sabu untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.

Masa pemilihan 2 tahun lepas berlaku pertandingan 3 penjuru antara penyandang Ust Nasharudin, Mat Sabu dan Husam yang dimenangi oleh Ust Nasharudin.

Dengar khabar anginnya, Ust Nasharudin berkemungkinan besar takkan mempertahankan jawatan. Dan kalau ikut perkiraan kawan-kawan, kalau Ust Nasha lawan 2 penjuru dengan Mat Sabu pun, peluang Mat Sabu untuk menang sangat cerah.

Kalau ikut kata kawan-kawan lagi, sorang lagi calon yang ada peluang untuk menang adalah Ust Tuan Ibrahim Tuan Man. Depa kata kalau Ust Tuan Ibrahim masuk bertanding dan lawan 2 penjuru dengan Mat Sabu, besar kemungkinan Mat Sabu akan kalah.

Berita terkini dari Harakahdaily, Ust Tuan Ibrahim kata dia bersedia mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tak berminat nak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Nampak gayanya peluang Mat Sabu untuk menang jawatan Timbalan Presiden sangat-sangat cerah.

Harakahdaily melaporkan:  
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini.

Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan.

“Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti. - Hrkh
Kalau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden, himpunan BERSIH 2.0 yang katanya akan dibuat bulan Jun nanti, tentu lebih meriah dari BERSIH 1.0 Aura Timbalan Presiden mengepalai perarakan tunjuk perasaan tentu menggamit ratusan ribu penyokong PAS turun ke jalan raya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...