Homestay Transkerian MRSM USM Kejuruteraan Kampus | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 24, 2011

Homestay Transkerian MRSM USM Kejuruteraan Kampus

Homestay Taman Ilmu - USM Kampus Kejuruteraan

Kali ni aku nak tolong promosi bisness kawan-kawan. Kawan-kawan ada rumah lebih, beli rumah tapi duduk dengan mertua. Jadinya dia ubah rumah tu jadi homestay.

Mana tau kut-kut ada yang tersesat kot belah Parit Buntar ni, mungkin pasai ikut rombongan penganti atau pun nak melawat anak kat USM atau MRSM Transkrian, sesuai sangat la duduk kat homestay ni.

Transkrian ni walaupun dalam negeri Pulau Pinang tapi bersempadan dengan Perak dan Kedah, belah ke kanan Bandar Bharu belah ke selatan Parit Buntar. Dekat sangat dengan sempadan tapi kalau jalan kaki lenguk jugak la kut. Macam Belalang kata "Kalau jalan kaki memang la jauh tapi kalau naik motokar sekejap ja dah sampai."

Rumah tu rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 5 bilik air/tandas. Perabut pulak perabut dari kayu jati yang dia beli baru khas sebab nak buat homestay ni. Ruang depan rumah ni luas, boleh parking 4 buah kereta di dalam pagar.

Semua bilik tidur lengkap dengan bilik air, aircond, kipas angin syiling, katil Queen Saiz, almari pakaian, meja solek dan rak tuala/sejadah . Cuma bilik tidur tingkat bawah takdak aircond.

Ruang tamu pulak lengkap dengan kipas angin syiling, set sofa, set meja makan 6 kerusi, TV flat screen Samsung 29" termasuk astro dan rak TV.

Dapur pulak lengkap dengan kabinet dapur, set dapur memasak, peti sejuk 2 pintu, penapis air, set meja makan 4 kerusi dan bilik air/ tandas.

Rumah ni di Taman Ilmu, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kadar Sewa cuma RM250. Boleh duduk berapa ramai yang hangpa suka.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, boleh hubungi:
Nuraidi (AJK DPP) ditalian 0194253630

Aku promosi ni bukan dapat bayaran pun, tapi member ni janji ada persen untuk tabung DPP Parit Buntar.

Lagi satu, nak kena bagitau jugak ni. Harga tu cuma sah untuk waktu biasa, kalau masa ada PRK dekat-dekat sini harga lain, mungkin kena darab 20 kut.  Masa tu DPP pulak la yang bagi persen kat member tu.


View Larger Map

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...