Lagi jawapan BANGANG 'si anjing Umno' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 06, 2011

Lagi jawapan BANGANG 'si anjing Umno'

Bila Timbalan Pengarah SPR 'si anjing Umno' ni bukak mulut menjawab apa-apa perkara yang Pakatan Rakyat timbulkan memang selalunya akan keluar jawapan BANGANG dari mulut dia. Kali ni pun sama jugak.
 
Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) menjelaskan, dakwaan berlaku penggunaan premis awam dalam pilihan raya kecil Kerdau seperti didakwa PAS mungkin disebabkan salah tanggap semata-mata.

Timbalan Pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika sesebuah parti hanya mendirikan khemah di sebelah premis awam dan menggunakan kemudahan berdekatan tempat itu, ia tidak boleh dikatakan kesalahan.

"Jadi inilah yang saya agak mereka anggap BN menggunakan premis awam," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi tadi menyenaraikan penggunaan premis awam dan dan pengumuman peruntukan dan projek oleh pemimpin BN di Kerdau yang didakwanya melanggar Akta Kesalahan (Perjalanan) Pilihan Raya 1954. - Mkini
Suka-suka dia ja nak jawab macamana pun. Yang penting jawabm betul ka salah dia tak kira. Bangang tara mana pun dia tak kisah. Yang penting ada jawapan. Kalau dah macam tu punya bangang punya jawapan SPR bagi, memang layak sangat la aku gelar  Timbalan Pengarah SPR ni 'si anjing Umno'.

Aku rasa, puak-puak lain yang jugak bermazhab Umno pun boleh geleng kepala dengar jawapan dia kali ni. Tapi nak buat macamana. Takkan dia nak kata salah pulak. Kalau dia kata salah, maknanya benda yang dah jadi amalan Umno BN sejak turun temurun tu salah.

Takkan pulak dalam pilihanraya lepas ni, Umno tak boleh guna premis awam. Kalau tak boleh guna premis awam, Umno nak buat program kat mana? Umno mana ada markaz macam PAS yang merata ceruk kampung dan taman ada.

Takkan Umno boleh setakat buat nak bangunan Umno saja. Memang la bangunan Umno hebat-hebat, nilai berjuta-juta. Tapi setakat ada di pekan-pekan besar saja nak buat apa. Boleh la kalau setakat nak menjamu Ketua dan setiausaha cawangan.

Kalau nak buat program dengan ahli dan penyokong di akar umbi, takkan tiap kali nak angkut semua dengan bas. Lama-lama takdak syarikat bas yang sanggup pasai Umno tak bayar sewa. Memang realitinya selama ni pun, dah banyak syarikat bas takmau berurusan dengan Umno pasai hutang lama dah berlapuk tak bayar.

Jadinya, bila PAS dah timbulkan isu ni, Timbalan Pengarah SPR 'si anjing Umno' ni pun panas punggung la kut. Tak jawab nanti depa kata berat sebelah, jenuh pulak nak bertepis. Tapi bila jawab memang jawapan BANGANG ja la yang boleh dibagi.

Yang aku herannya, walaupun sampai tahap tu punya BANGANG jawapan dari 'si anjing Umno' ni, orang melayu tetap jugak sokong Umno. Yang aku paling heran, puak-puak pencacai blogger Umno yang aku yakin ramai yang berpelajaran tinggi, paling kurang pun aku rasa lulus maktab, tapi depa boleh terima jawapan BANGANG macam tu.

Mungkin jugak la kut, sebab dah banyak sangat makan duit haram yang Umno bagi, pasai tu la kut hati bukan setakat bertonpok hitam tapi dah jadi hitam melegam. Walaupun belajar tinggi tapi tahap BANGANG pun melambung tinggi.

Kesian blogger pencacai Umno.

Sumber imej: nationalgeographic

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...