Apa cerita kes Ketua Kampung saman MB Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 28, 2011

Apa cerita kes Ketua Kampung saman MB Perak

Aku dapat sms pasai kes ni tiga hari lepas dari PakDin bekas ketua kampung Pasir Gadebu, tapi lepas tu aku terus terlupa langsung pasai kes ni. Memang ada niat nak mintak tolong kawan-kawan pi tengok apa yang jadi kat sana, tapi memang terlupa sungguh. 
  
Hari ni baru teringat, bila tengok balik sms dia tu rupa-rupanya kes tu hari ni 28 Mac 2011, masuk mahkamah rayuan Putrajaya.

Aku check portal berita takdak satu pun yang melaporkan pasai kes ni. Takkan takdak sorang pun wartawan yang  pi cover kes ni, takkan kot Harakah, Malaysiakini dan MalaysianInsider pun taktau pasai kes ni ada di Putrajaya hari ni.

Aku tengok blog AlHusseyn pun takdak cerita pasai ni, takkan bekas Ketua Kampung Sungai Rokam ni pun terlupa jugak kut.

Aku sms balik Tok Ketua tu tanya apa perkembangan. Panjang jugak dia cerita.

Antara lain yang sempat aku catit dia kata, Ahmad Kamal (LA) yang jadi wakil kerajaan negeri Perak mintak tangguh, alasan yang dia bagi penghujahan bagi pihak kerajaan negeri belum siap lagi.

Mulanya, PakDin kata hakim memang berkeras jugak takmau tangguh lagi kes tu. Lagi pun hakim tu kata tak patut sangat penghujahan dari kerajaan negeri tak siap lagi pasai kes ni bukan kes baru, lama dah tertangguh.

PakDin  bagi tau Ahmad Kamal bersungguh-sungguh jugak mintak tangguh, mungkin mamat CELAKA  pencacai Umno ni betul-betul tak bersedia, dia pun terlupa jugak kot nak kena bagi penghujjan hari ni.

Mungkin kut sebab takmau jadi riuh orang kata hakim tu menyebelahi pembangkang, hakim tu tangguhkan jugak kes tu , tapi cuma 3 hari. PakDin bagitau, hakim tu hakim yang sama yang bebaskan Anwar tahun 2004 dulu.
 
Kes tu katanya akan disambung semula pada hari Khamis 3 petang di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Aku harap hari Khamis ni akan ada wartawan yang covet cerita ni. Kalau ada blogger yang ada kelapangan cantik jugak kalau boleh pi sana.

Kata Pakdin Ketua Kampung Pasir Gadebu tu, nampak gayanya tadi, hakim tu macam nak menyebelahi ketua kampung. Dia rasa peluang untuk menang memang besar. Nampak sangat hakim tu bengang dengan Ahmad Kamal yang jadi wakil kerajaan negeri tu.

Kata dia kalau menang kes tu ada la harapan nak dapat RM250,000. Taktau la dapat setiap sorang atau kena bahagi 817 orang bekas ketua kampung PR Perak yang dipecat tu.

Bagi yang tak faham apa cerita sebenar kes ni boleh rujuk link kat bawah ni.

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...