Lebih penting lagi tahniah sebab berjaya dalam perundingan tanpa bagi persepsi buruk kepada PAS, tak macam PKR yang dilihat tamak di Sarawak.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.Aku rasa orang lain yang tak terlibat secara langsung dengan politik Sarawak macam aku pun terkejut dengan keputusan tu. Macam aku dah tulis sebelum ni, kalau dapat 3 kerusi pun ok, kalau dapat 4 kerusi dah kira bonus. Tapi boleh dapat 5 kerusi ni memang aku heran. Aku rasa Matsamankati pun terkejut.
"...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Hrkh
Bila dah dapat 5 kerusi ni, aku jadi risau pulak. Bila dah bertambah kerusi maknanya peruntukan kena ditambah. Takkan nak guna peruntukan yang sama jugak nak bahagi untuk 5 kerusi.
Kalau pilihanraya kat belah semenanjung ni mungkin tak berapa banyak peruntukan nak kena ada tapi dengar ceritanya berbeza dengan di Sarawak, pilihanraya di Sarawak perlukan peruntukan yang jauh lebih besar. Taktau la pulak kalau PAS boleh berjaya ubah stail politik macam tu.
Selain dari peruntukan, tenaga kerja pun nak kena ditambah jugak. Kalau kat belah semenanjung mungkin takdak berapa masalah sangat. Kerah ja negeri-negeri dan kawasan-kawasan hantarlebih tenagakerja, insyaalah boleh dapat.
Tapi bila pilihanraya di Sarawak ni, memang susah sikit. Kekuatan PAS kat belah sana memang kurang. Kawasan PAS pun banyak lagi yang tak dapat ditubuhkan. Nak harap PAS Sabah depa pun tak kuat mana. Takkan nak kerahkan ramai-ramai petugas PAS Kelantan Terengganu dan Kedah kut. Tambang belon saja pun dah berapa nak kena sedia.
Apa pun keadaannya, aku yakin PAS mampu galas kepercayaan yang parti-parti lain dalam PR bagi kepada PAS. Aku yakin calon PAS yang bertanding boleh bagi tentangan sengit kepada calon BN dan tak mustahil PAS boleh hantar wakil ke Dewan Undangan Negeri Sarawak lepas ni.
Kalau la boleh ada sekurang-kurangnya sorang blogger untuk setiap kerusi pun ok jugak. Baru la meriah sikit PRN Sarawak di alam maya ni. Memang la tak boleh nak lawan dengan blogger BN pasai katanya dah ada peruntukan 20juta untuk depa. Tapi paling kurang pun boleh la jugak nak kacau kepala otak depa.
Dengar ceritanya, Wak Albanjari sanggup nak berkampung di Sarawak kalau ada yang nak sponsor tiket pi balik dan duit minyak dia kat sana.
Sumber imej: Blog Sanggahtoksago
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis