Ketua Kampung punya cerita (2) - Mengundi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 19, 2008

Ketua Kampung punya cerita (2) - Mengundi

Bila dah kampung aku takdak pertandingan, kira automatik laa jadi ketua kampung. Kalau ikut surat pekeliling yang aku pernah tengok, kira step seterusnya lantik JKKK laa pulak. Minggu depannya tumpang aku balik kampung, aku pun pi laa cari ketua kampung, nak tanya perkembangan seterusnya.

Dia kata "Nak lantik apa watikah mana ada lagi. Satgi orang kata apa pulak." Aku pun ok laa, takkan dah berpuluh tahun tunggu, takat seminggu dua tak boleh tunggu. Dia bagitau kena tunggu lagi 2 kampung pasai ada pertandingan. Dua-dua kampung yang kat belah pekan Parit Buntar. Rupanya Pejabat Penghulu bukak seminggu untuk tempoh pencalonan. Kalau ada lebih dari sorang calon akan buat pengundian dalam tempoh selepas 2 minggu.

Dalam pada tu keluar berita perlantikan Pengerusi JKKP. Lagi 4 Ketua Kampung Kosong. Baru aku tau cerita. Rupanya lagi 4 kampung ni Ketua Kampung yang lama baru letak jawatan. Walaupun sebelum ni ada keluar paper kata semua ketua kampung kat Perak letak jawatan, berita tu tak betui. Depa yang kat belah Ipoh ja yang pandai-pandai. Konon semua ketua kampung lama dah sain rupanya ada orang lain yang tolong sain. Yang 4 orang ni dan ramai lagi yang lain diseluruh negeri perak belum letak jawatan. Bila depa ni dilantik jadi JKKKP baru laa depa kalut letak jawatan.

Kaedahnya depa ni kena sain surat letak jawatan depan penghulu, kalau dak tak aci. Oooo... rupanya depa ni memang muka tak malu, sanggup buat muka tak malu semata-mata elaun RM200 yang kerajaan negeri bayar. Memang dasar UMNoi nak buat macam mana, bila ada peluang dengan JKKKP depa pun cepat-cepat laa letak jawatan. Elaun RM400 takkan depa nak pilih yang elaun RM200.

Cerita pasai pemilihan tak kurang menarik jugak. Satu kampung tu lawan 4 penjuru. Geng PAS dah siap buat mesyuarat pilih sorang ustaz jadi calon. Lawan dia lagi 3 orang, depa kata Umnoi. Ada hati jugak rupanya. Tak pa laa dah MB nak buat cara demokrasi. Dengar cerita jugak geng Umnoi dah buat gerakan, ceritanya geng wanita Umnoi cawangan dikerah turun mengundi. Bila dengar macam tu baru laa geng PAS ni kalut nak susun strategi. Semua cawangan terlibat diarahkan bermesyuarat untuk pastikan seramai mungkin ahli dan penyokong turun masa hari mengundi. Geng Kelab penyokong pun setuju nak kerahkan geng depa turun mengundi.

Masa hari mengundi tu aku pun pi laa sama kat dewan tu, nak tengok jugak, ya laa mana pernah lagi pilih ketua kampung pakai mengundi. Aku tengok ramai jugak geng Hindraf yang ada, tak kurang 30 orang aku rasa, depa siap angkut pakai van. Dengar cerita depa urus sendiri, lima duit pun PAS tak bayar. Geng cina pun ada tapi tak ramai laa, tak sampai 10 orang. Biasa laa, orang cina pekan ni bukan peduli sangat pasai ketua kampung.

Proses pengundian hari tu Majlis Daerah yang kendalikan dengan bantuan pejabat Penghulu Mukim. Kaedahnya pakai angkat tangan. Masa perkenalkan calon, sorang-sorang naik atas pentas memperkenalkan diri lepas tu duduk kat atas tu, biar senang pengundi kenai. Bila nak mula proses mengundi, semua calun diarahkan keluar dewan. Lepas tu depa ubah kaedah mengundi, bukan takat angkat tangan, pengundi kena keluar terus dari dewan, senang nak bilang kat pintu depa kata.

Yang bestnya calon PAS duduk senarai no 4 jadi ikut cara biasa yang last umum dulu. Bila umum sapa sokong calon no 4 sila angkat tangan dan keluar dewan, lebih setengah bangun, beratur nak keluar. Dah jadi macam tu, yang mulanya nak sokong calon lain pun ikut bangkit. Tambah pulak dalam dewan panas, takdak aircond, lagi ramai laa yang keluar. Orang kuat Umnoi cawangan pun ikut keluar sama ikut pintu lain. Jadinya yang keluar lebih ramai dari yang tinggai kat dalam. Sah laa menang. Yang masih setia kat kat dalam dewan majoritinya geng makcik-makcik tua, sah laa geng wanita Umnoi. Ada laa dua tiga orang lelaki. Kira kaw punya karat laa tu. Bila calon no satu diumum tinggai 5 orang ja kat dalam dewan, adik beradik dia laa kut.

Keputusannya calon PAS menang dengan majoriti besar.

Minggu depannya mengundi untuk kampung yang lagi satu. Kali ni aku malas dah nak pi pasai aku rasa takdak masalah calon pilihan PAS akan menang. Tapi yang menariknya ada jugak sorang lagi calon yang mengku orang PAS jugak. Depa kata dia ni baru pencen pegawai bank kat KL, baru balik kampung. Baru tak baru laa, masa Mesyuarat Agung dulu dia ni jadi perwakilan cawangan, siap buat ucapan penangguhan lagi. Yang jadi pencadang dan penyokong dia ni orang Umnoi. Sah laa dia ni ahli PAS jadian. Sorang lagi calon, bekas ketua kampung lama, dah lebih sepenggal pencen Ketua Kampung tapi anak menantu dia semua PAS. Pengaruh dia ni kira ok jugak laa.

Kali ni depa kata mengundi kali ni calon PAS dibubuh no 1, jadi nama dia ni umum last sekali laa. Memang ada kesan, calon mula-mula bekas ketua kampung boleh dapat 80 undi kalau tak silap. Tapi keputusannya menang jugak laa calon PAS, cumanya majoriti kurang banyak kalau banding dengan yang minggu lepasnya.

Kalau laa calon Umnoi yang menang ketua kampung, kes naya laa. Payah laa nak buat kerja. Dah tentu laa depa ni jadi duri dalam daging. Pantang ada isu saheh depa belasah kerajaan negeri punya. Umnoi lagi senang laa masuk jarum pelaga orang PAS kat bawah.

Berita rasmi di Laman Pas Parit Buntar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...