Kelaku penyokong puak Umno Mesir | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 04, 2011

Kelaku penyokong puak Umno Mesir

Lebih kurang macam kat Malaysia jugak la. Kalau kat Malaysia ada orang macam Mufti Perak, Harussani yang memang cepat kalau bab nak sokong Umno, kat Mesir pun lebih kurang jugak, ada orang macam Syeikh al-Azhar Dr. Ahmed At-Tayyeb.

Lebih kurang ja kat mana pun. Memang ada puak-puak ulama' yang suka sangat bercinta kasih dengan pemerintah, tak kira walau tara mana pun zalim atau korupnya pemerintah tu.

Puak-puak ulama' jenis cari makan ni memang takdak masalah kalau setakat nak 'backing' tangan yang bagi 'rezeki' kat depa.

Masalah ni bukan baru ujud dalam Islam. Sejak dari zaman raja-raja Abbasiyah lagi dah ada timbul puak-puak ni. Tindakan Hosni Mubarak tu tara mana sangat kalau nak dibandingkan dengan tindakan Khalifah Raja Yazid yang bunuh cucu nabi. Bukan setakat bunuh, kepala pulak dipancung dan disepak macam bola.
Televisyen Kebangsaan Mesir menayangkan permintaan Syeikh al-Azhar Doktor Ahmed At-Tayyeb, supaya para penentang Presiden Hosni Mubarak, datang membuat perundingan dengan rejim pihak berkuasa Mesir.

Fars melaporkan, siaran yang ditayangkan berulangkali se...jak kemarin (1/2/2011) itu semakin menyerlahkan bahwa Universiti al-Azhar menyokong kuat Hosni Mubarak. Kenyataan Doktor Ahmed at-Tayyeb, Syeikh al-Azhar itu, tidak melemahkan para pendemonstrasi malah semakin memberi semangat kemarahan rakyat terhadap parti pemerintah.

At-Tayyeb dilantik oleh Mubarak untuk jawatan sebagai rektor universiti Islam paling berpengaruh di Mesir itu, mempelawa kumpulan pembangkang untuk berunding bagi mengakhiri krisis.

Menurut beberapa pemerhati, dengan semakin meningkatnya gelombang kemarahan di Mesir, rejim Mubarak mengambil peluang populariti al-Azhar untuk mengimbangi rusuhan itu. Namun begitu sampai saat ini, usha usha tersebut tidak membuahkan hasil. Masyarakat tidak mempedulikan ‘hipokrit’ Syeikh Ahmed at-Tayyeb itu.

Ayatullah Nouri Hamedani, ulama besar Iran, mengecam sikap lemah al-Azhar yang berdiam diri malah bertukar arus dan menyokong diktator Mubarak daripada menyokong rakyat.

Ayatullah Hamedani mengecam sikap al-Azhar yang mengeluarkan fatwa haram berdemonstrasi dengan berpandukan pada ayat 27 surat al-Baqarah.

"Fahamilah bahwa ayat tersebut tidak tepat ditujukan kepada para demonstrasi itu, kerana ayat itu menuding pada orang-orang fasik dan jahat, malah contoh yg nyatanya ialah Hosni Mubarak dan rejimnya yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Zionis Israel," tegas Ayatullah Hamedani. – irib/men/cahaya
Sumber: MengejarCahaya

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...