"Antara kriteria yang menjadi pilihan PAS ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat di ibunegara hari ini. - MkiniSalahuddin Ayub pulak dilaporkan berkata:
PAS mungkin meletakkan wanita dalam senarai calon mereka pada pilihan raya kecil kawasan dewan undangan negeri (DUN) Merlimau.Macam di Dun Tenang, Dun Merlimau pun ada seorang pimpinan Muslimat Pusat yang tak kurang hebatnya dan memang layak sangat untuk jadi calon.
Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lalu dengan meletakkan calon wanita tidak sesekali menggoyahkan hasrat parti itu untuk mempertaruhkan calon wanita untuk bertanding di Merlimau nanti. - Mkini
KLToday melaporkan:
Dewan Muslimat PAS sepastinya sudah bersedia jika calon muslimat terpilih lagi untuk pilihanraya kecil sekalipun calon muslimat di Tenang, Normala Sudirman tewas di tangan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.Aku harap sangat kali ni pun PAS letakkan muslimat sebagai calon. Pasainya aku yakin masa PRK Tenang bulan lepas, jentera PAS dah berjaya buat banyak eksperiment. Berjaya atau tidak eksperiment tu tak berpaa penting sangat tapi yang lebih penting pengajaran atau hasil eksperimen tu yang boleh jadi pelajaran dan boleh diambil iktibar.
Jika benar PAS menurunkan calon muslimat di Merlimau, diantara nama muslimat yang popular di kawasan Merlimau ialah Hajjah Kintan Osman, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat pendidikan dari UPM dalam bidang Sains Pendidikan. KLToday
Dengan meletakkan muslimat lagi sebagai calon di Merlimau, jentera PAS boleh buat eksperimen lanjutan dari eksperimen yang dah dibuat di PRK Tenang. Eksperimen-eksperimen ni penting sebagai persiapan untuk PAS hadapi PRU13 yang tak mustahil akan dibuat dalam masa terdekat ni, terutama sekali untuk kerusi-kerusi yang muslimat akan jadi calon.
Dengan meletakkan muslimat jadi calon di PRK Merlimau, kesilapan dan kelemahan calon muslimat di PRK Tenang dulu boleh dibaiki yang mungkin akan memperbaiki perpepsi ramyat tentang calon muslimat dari PAS.
Dengan meletakkan muslimat sebagai calon PRK Merlimau, aku yakin, jentera muslimat akan dapat dipertingkatkan lagi sebagai persediaan untuk hadapi PRU13 yang akan datang yang memang sangat-sangat memerlukan tenaga gigih dari muslimat di seluruh negara.
Jadinya, aku harap sangat, PRK Merlimau ni pun PAS letakkan muslimat sebagai calon.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis