Najib cuak sebenarnya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 13, 2011

Najib cuak sebenarnya

Najib sebenarnya cuak dengan apa yang berlaku di Mesir. memang apa yang berlaku di Mesir kita langsung tak sangka. Mungkin orang di mesir pun tak sangka boleh jadi sampai macam tu.

Malah aku rasa, mungkin Ahmed Maher bersama kawan-kawan dia yang mencetuskan demonstrasi tu pun mungkin tak menjangka akan jadi macam tu. Mungkin depa pun cuma tahap berharap tapi tak berapa nak yakin apa yang depa rancangkan menjadi dan akhirnya Hosni Mubarak berundur selepas dibantah secara besar-besaran oleh rakyat Mesir selama cuma 18 hari.

Sebab itulah, kalau Najib Razak, Perdana menteri Malaysia berasa cuak, berasa tak sedap hati, berasa takut, memang sepatutnya pun. Pasainya, kalau di Mesir boleh jadi, takkan di Malaysia tak boleh kut. Kalau nak kira teruk mungkin la situasi politik Mesir tu lebih teruk dari Malaysia, tapi yang kat Malaysia ni walaupun memang lebih baik dari Mesir tapi ramai jugak rakyat yang kata dah sangat teruk.

Pasai tu lah, hari ni Malaysiakini melaporkan: 
Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun. - Mkini
Kalau la ada sapa-sapa yang rapat dengan Najib yang baca blog aku ni, tolong la bagitau kat dia, yang memang keadaan di Malaysia ni tak sama macam di Mesir. Bagitau kat dia yang dia tak perlu rasa cuak, tak sedap hati atau takut.

Pasainya, kebarangkalian untuk jadi di Malaysia macam yang jadi di Mesir tu sangat-sangat tipis, malah hampir-hampir ke tahap mustahil.

Selagi ada pembangkang yang agak kuat macam Pakatan Rakyat yang ada hari ni, selagi tu lah takkan jadi macam di Mesir tu. Tambah-tambah pulak kat Malaysia ada DAP yang semacam jadi penyelamat kepada Umno.

Bila ada keadaan yang nampak macam rakyat mula marah kat Umno BN, senang-senang rakyat Malaysia terutama sekali orang melayu dialihkan kemarahan kepada DAP. Di Mesir mana ada DAP, yang ada bau-bau bacang dengan DAP pun takdak.

Selain DAP, yang jugak banyak menyelamatkan Umno pasai ujud PAS. Sokongan rakyat terutamanya orang melayu memang berpecah kepada dua. Kalau ada nampak macam orang Melayu nak marah kepada Umno, senang-senang jugak dialihkan kemarahan kepada PAS.

Masa lepas trajedi 13 Mei, Umno BN tarik PAS tubuh BN. Memang masa tu PAS betul-betul tolong Umno untuk dapatkan kepercayaan solid orang melayu menyokong BN. Bila dah kemarahan rakyat menurun dan keadaan pulih depa tendang PAS keluar.

Macam tu jugak masa tahun 1987 bila ada nampak tanda-tanda orang cina nak bangkit Umno BN melalui proksinya dalam PDRM buat Operasi Lalang dengan alasan kemungkinan peristiwa 13 Mei boleh berulang, pemimpn hebat PAS dan DAP ditangkap.

Untuk nak bagi tak berapa nampak sangat, polis cekup jugak beberapa orang pemimpin Umno dan MCA. Yang Umno dan MCA sekejap saja kena tahan tapi pemimpin PAS dan DAP bertahun-tahun duduk dalam kem Kamunting. Kemudian tu depa spin sungguh-sungguh dalam media dan hasilnya kemarahan rakyat menurun semula dan pilihanraya lepas tu Umno BN menang besar semula.

Pasai tu la, aku rasa Najib tak perlu rasa cuak, tak sedap hati atau takut. Selagi ada PAS dan DAP, keadaan yang jadi di Mesir takkan jadi di Malaysia.Dan Umno BN akan terus berkuasa memegang tampuk pemerintahan negara. Dan yang lebih penting, Rosmah akan kekal jadi Fat Lady 'First Lady'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...