IPOH, 10 Feb: DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.Masalahnya, bolehkah Hj Nizar jadi MB kalau Pakatan Rakyat menang di Perak PRU13 nanti.
Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.
Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya.
Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini.
"Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.
Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil. - Hrkh
Syarat yang paling penting untuk membolehkan Hj Nizar dilantik jadi MB, dia kena menang kerusi DUN. Bolehkah dia menang kalau dia bertanding di DUN Pasir Panjang lagi. Katanya Umno memang buat kerja gila-gila menambah pengundi baru di Dun Pasir Panjang untuk pastikan Hj Nizar kalah.
Ada jugak khabar angin kata Hj Nizar dah ada kerusi Dun lain untuk dia bertanding PRU13 nanti. Masalahnya, tentukah dia akan menang kalau dia bertanding di kerusi lain tu. Kalau nak bagi kerusi selamat untuk Hj Nzar,di Perak ni sepengetahuan aku cuma ada satu kerusi selamat untuk PAS iaitu di Dun Gunung Semanggol.
Selain dari tu, ada satu lagi persoalan yang tak kurang pentingnya. Adakah PAS Perak sendiri sanggup bagi laluan kepada Hj Nizar untuk jadi MB. Sebabnya kalau ikut haraki yang paling patut jadi MB tentulah Pesuruhjaya PAS Negeri macam di Kelantan dan Terengganu dan Kedah, Pesuruhjaya PAS Negeri yang dilantik jadi MB, kecuali la kalau Pesuruhjaya tak menang.
Kalau pun Pesuruhjaya sendiri yang bagi laluan kepada Hj Nizar, apa pulak kata pimpinan utama PAS di peringkat Pusat. Tentu punya ada pihak yang ada kepentingan diri menjaja istilah "kepimpinan ulama'"
Bagi aku secara peribadi, sepatutnya TG Hj Hadi lantik Hj Nizar jadi Pesuruhjaya PAS Perak menggantikan Ust Ahmad Awang yang minta bersara dua tahun lepas.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis