Orang paling gembira semalam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 17, 2011

Orang paling gembira semalam

Themalaysianinsider melaporkan:
SHAH ALAM, 16 Feb — Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, enam minggu selepas dilantik ke jawatan itu dan di sebalik krisis berhubung pelantikannya.

“Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini... di depan saya dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang lain,” kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid mengesahkan bahawa Mohd Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini. - TMI
Memang patut pun kalau Khusrin jadi orang paling gembira pasai kemelut perlantikan dia sebagai SUK Selangor berakhir jugak dengan upacara angkat sumpah depan MB Selangor tu. Akhirnya, Khalid Ibrahim terpaksa mengalah.

Tapi kalau nak kata dia orang paling gembira pun mungkin tak berapa tepat kut pasai gambar-gambat dia kat bawah nun, tak nampak muka gembira kut, lebih kepada muka orang cuak.

Walaupun dengan upacara angkat sumpah ni bermakna dia telah diterima tapi sebenarnya dia cuma diterima sebahagian saja 9macam yang aku tulis sebelum ni.) Lagi pun, dia tentu sedar, cukup banyak mata yang akan perati dia sepanjang masa.

Bukan setakat dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tapi jugak dari kalangan kakitangan kerajaan negeri jugak dan dalam masa yang sama seluruh rakyat Selangor pun sentiasa memerhatikan tingkahlaku dia.

Aku harap dia tak berani buat khianat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Aku harap dengan angkat sumpah kerahsiaan ni, Khusrin akan betul-betul simpan rahsia. Aku yakin semua orang kecuali yang bermazhab Umno akan setuju dengan apa yang Budakbalun tulis:
Jangan sampai MB belum keluar kenyataan,
Noh Omar dah keluar kenyataan dulu..
Khir Toyo dah keluar kenyataan dulu..
Najib Razak dah keluar kenyataan dulu! - Budakbalun



Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...