Najib takkan berani bubar Parlimen awal | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 03, 2011

Najib takkan berani bubar Parlimen awal

Keputusan PRK Tenang semua orang dau tau. Ramai dah yang tulis analisa pasai keputusan tu. Aku bukan nak buat analisa cuma sekadar nak catatkan keputusan.

Calon PAS kalah teruk, dengan majoriti kemenangan calon Umno bertambah dari 2492 masa PRU12 kepada 3707 undi.

Umno meletakkan sasaran majoriti melebihi 5,000 undi, nampaknya depa gagal. PAS pulak meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno, nampaknya gagal jugak.

Walaupun Umno nampak macam seronok calon depa menang dengan majoriti bertambah tapi realiti sebenarnya Umno pun tak berapa boleh nak gembira dengan angka tu.

Kalau tengok keputusan kat atas, jelas nampak simpanan tetap di kawasan Felda masih milik Umno dan undi orang cina masih kekal bersama Pakatan Rakyat.

Kalau calon Umno di Tenang menang dengan majoriti melebihi 5,000 undi besar kemungkinan Najib akan buat PRU13 sekali dengan pilihanraya Sarawak tapi dengan keputusan macam tu  di Tenang, Najib tentu tak berani nak bubar parlimen awal.

Kalau keputusan PRK Tenang mewakilli undi seluruh Malaysia, Umno BN masih boleh menguasai Putrajaya, tapi untuk apa Najib bubar Parlimen awal kalau keadaan lepas tu sama macam keadaan yang duk ada la ni.

Awal Mac nanti akan ada PRK di Dun Merlimau pulak. Tentunya keputusan di Merlimau akan diambil kira untuk Najib buat keputusan samada nak bubar Parlimen awal ataupun tunggu sampai mandat PRU12 habis.

Tapi, kalau sokongan orang Cina kepada calon Umno di Merlimau meningkat, tak mustahil Najib akan bubar parlimen awal.

Kalau macam tu, apa kata kalau masa PRK Merlimau nanti, kita pakat-pakat kempen supaya orang cina undi calon Umno?

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...