Khalid Samad derhaka kepada Agong? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 03, 2011

Khalid Samad derhaka kepada Agong?

Dalam artikel Malaysiakini Khalid Samad dilaporkan berkata:
“Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir."

"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya dalam satu majlis ceramah anjuran PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Jawapan yang paling sesuai dibagi puak-puak Umno yang selalu berlakon konon sukakan PAS tapi tak suka PAS berkawan dengan DAP. Aku suka, memang sesuai sangat.

Tapi aku lebih suka dengan satu lagi ayat dia yang dipetik dalam artikel tu:
"PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno sekalipun dijemput oleh (Yang Di-Pertuan) Agong," tegasnya.
Satu jawapan yang sesuai ditujukan kepada orang-orang PAS yang terhegeh-hegeh usung sepanduk berlawan dengan Umno, nak tunjuk sapa yang lebih taat setia kepada Sultan.

Naik meluat aku tengok. Sudah-sudah laa...

Ish!!! Malas aku nak tulis lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal pulak aku jadi popular macam Aduka Taruna.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...