Sinarharian melaporkan:
BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini.Bagus la depa sanggup gotong royong macam tu. Nak buat macamana, daripada tanggung lagi mahal kos nak baiki kenderaan kalau rosak bila terlanggar lopak tu, baik la kumpul duit sorang sikit tampal jalan sama-sama.
Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan.
Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong.
Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter. - Sinarharian
Cumanya, aku nak nasihatkan kat depa. Seboleh mungkin, jangan la dalam masa terdekat ni pi ke Merlimau. Aku pun tak pastiu Merlimau dengan batu Berendam tu dekat ka jauh. Tapi kalau jauh pun tak jauh mana pasai negeri melaka pun bukannya besar sangat.
Bukan apa, kalau depa pi sana tentu punya depa lagi sakit hati. Tak sakit hati macamana kalau jalan kat Merlimau tu nampak merelit baru diturap. Di Merlimau tu JKR tak main tampal-tampal lobang, depa turap satu jalan terus.
Tentu punya depa-depa yang buat gotong royong kat Batu Berendam tu sakit hati kalau depa pi Merlimau pasainya tentu depa akan nampak belambak-lambak jentera tah apa nama tu tengah turap jalan. Bukian satu dua, malah mungkin berpuluh-puluh merata ceruk Merlimau.
Tambah-tambah pulak kalau depa terperasan yang jalan yang diturap baru tu berpuluh-puluh kali lebih elok dari jalan depan kilang depa yang berlubang tu. Bertambah lagi la depa akan bengang kalau depa tau yang orang-orang kat situ takdak mintak pun jalan tu diturap.
Tapinya, nak buat macamana, Wakil Rakyat tempat depa dok hidup lagi. Kalau wakil rakyat kat batu Berendam yang mati, tentu punya depa dapat jalan baru, tak main la tampal-tampal.
Tapinya jangan la pulak depa doa mintak wakil rakyat tempat depa mati cepat, tak elok la buat macam tu. Lagi pun kalau pun doa depa tu dimakbulkan dan wakil rakyat tempat depa mati sungguh tapi lepas 28 April, depa tak dapat jugak jalan baru, pasainya takdak PRK dah masa tu.
Sumber: sumber |
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis