Ada ka yang percaya jaminan SPR 'si anjing Umno' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 22, 2011

Ada ka yang percaya jaminan SPR 'si anjing Umno'

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan semua pegawai pengurus pilihan raya (RO) yang telah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak kali ini merupakan mereka yang layak dan berpengalaman, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, semua 71 pegawai berkenaan yang telah dilantik dengan dibantu 159 penolong RO akan dilatih sepenuhnya untuk mengendali proses pilihan raya secara seragam selain memahami peruntukan undang-undang SPR.

"Kebanyakan RO yang kita lantik adalah mereka yang memang berpengalaman dan layak serta faham undang-undang SPR,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dan taklimat RO Zon Kuching hari ini. - Mkini
Taktau la aku kalau ada penyokong Pakatan Rakyat yang boleh senang hati dengan jaminan pengerusi SPR 'si anjing Umno' tu.

Pada aku, jaminan SPR tu sepatutnya lebih menggusarkan Pakatan Rakyat. Aku nampak kenyataan dari pengerusi SPR tu lebih kepada nak yakinkan Umno BN yang kesemua RO tu akan menurut perintah. Malah, pengerusi SPR tu mungkin nak bagitau yang kebanyakkan RO tu memang layak dan berpengalaman menguruskan pilihanraya yang menepati kehendak pemimpin Umno BN.

Kalau ikut laporan tu, langsung takdak jaminan RO yang dilantik tu akan berlaku adil kepada semua yang bertanding. Dia cuma bagi jaminan yang semua RO tu akan ikut undang-undang SPR.

Pengerusi SPR tu jugak dalam kenyataan tu semacam dah bagi amaran kepada semua RO tu, jangan pandai-pandai sendiri. Nak kena bagi seragam, atau dalam maksud lain kena ikut perintah SPR Pusat yang akan bagi arahan yang seragam. Dan 'seragam' SPR pusat tentunya ke arah yang menyebelahi Umno BN.

Dan tentunya, Umno BN akan gunakan apa saja cara yang ada termasuk memperalatkan SPR untuk menjamin kemenangan calon-calon BN di Sarawak.

Keputusan PRU Sarawak akan bagi kesan yang besar kepada PRU13 nanti. Andainya prestasi BN di PRU Sarawak nanti tak elok, peluang untuk Umno BN untuk terus menguasai Putrajaya akan tergugat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...