Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno.
Bharian melaporkan:
TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.
"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.
"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya. - Bharian
Lagi satu faktor, di Kerdau ada 3 Felda besar, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Kalau ikut trakrekod di Tenang dan Galas, undi di Felda ni memang milik Umno. Lagi pun kuasa di Felda memang milik Umno. Umno boleh buat hampir apa saja di dalam kawasan Felda termasuk melarang petugas PAS masuk.
Faktor satu lagi, peratus pengundi melayu di Kerdau cukup tinggi, 88.77% dan pengundi cina cuma setakat 5.05% iaitu cuma 454 pengundi saja. Kalau ikut perangkaan PAS sendiri pun, PAS katanya mengunjurkan sokongan dari orang melayu cuma 45% (unjuran di semenanjung) dan pengundi cina 60%. Tu pun Umno masih nak risau. Kaslau ikut kira atas kertas, tentu Umno memang punya. Nak risau apa lagi?
Tapi realitinya, Umno memang risau di Kerdau. Depa tak berapa yakin depa boleh menang mudah. pemimpin Umno katanya lebih ramai diarahkan turun di Kerdau berbanding di Merlimau.
Blogger pencacai Umno pun lebih ramai berkampung di Kerdau waalupun depa lebih suka nak berkampuna di Merlimau. Iya la, apa yang ada di Kerdau. Kalau di Merlimau memang macam-macam ada. Kalau takat nak bersenam arobik tiap-tiap malam pun boleh.
Kalau tengok berita di TV pun. Lebih banyak dipaparkan aktiviti di Kerdau berbanding di Merlimau. Muka calon Umno yang pakai kupah tu lagi kerap muncul. Walaupun jawab tergagap-gagap tapi memanjang ada muka dia ditemuramah wartawan TV.
Apa sebenarnya punca Umno lebih risau di Kerdau?
Sumber image: TMI
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis