TPM pun bangang jugak rupanya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 27, 2011

TPM pun bangang jugak rupanya

Tak sangka aku, seorang TPM boleh keluar kenyataan BANGANG macam orang JKK Umno. Kalau tahap JKK Umno takpa laa pasai depa mungkin tak reti hal-hal sidang dewan. Takkan TPM pun tak paham hal-hal asas pasai peraturan dewan.

Bernama melaporkan:  
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan (Bernama) -- Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam Selasa. - Bernama
MB Selangor manjawab kenyataan Muhyiddin tu dilaporkan MalaysianInsider:
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim menolak gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri kelmarin.

“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen,” kata Khalid kepada pemberita di sini hari ini.

“Hanya klausa yang berkaitan dengan kewangan (yang memerlukan letak jawatan). Di Selangor, jika anda tidak dapat meluluskan bajet, maka anda (MB) kena letak jawatan,” kata beliau lagi. - TMI
Macamana Muhyiddin boleh guna perkataan "kegagalan mendapatkan sokongan majoriti" pun aku tak paham. Pasainya dalam kes nak pinda perlembagaan Selangor yang gagal tu, usul tu tak dapat sokongan 2/3 dewan. Tapi kalau kira majoriti memang dapat majoriti.

Takkan 34 berbanding 20 pun dikira tak dapat majoriti kut. Lebih 1 undi pun kira majoriti inikan pulak kalau berbeza 14 undi. Takkan la TPM bangang sampai macam tu.

Kalau dia kata MB Selangor tak sedar diri, aku boleh terima. Pasainya memang patut pun MB Selangor sedar yang PR cuma ada 34 Adun, memang takdak 2/3. Takkan kut depa rasa Adun BN akan sokong usul depa kut. Lain la kalau usul tu menguntungkan Umno BN, mungkin la depa nak sokong.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...