Berita TV tak berani sebut fitnah yang pembangkang sebar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 27, 2011

Berita TV tak berani sebut fitnah yang pembangkang sebar

Dalam berita TV bila sampai sekmen PRK Tenang, mesti diulang-ulang kata pembangkang kempen buruk-burukkan peribadi calon BN. Tapi langsung tak disebut apa kenyataan kempen pembangkang yang buruk-burukkan calon BN.

Jugak kerap diulang-ulang kata pembangkang sebar fitnah calon BN tapi langsung tak sebut apa dia fitnah kepada calon BN.

Aku rasa apa yang depa dakwa kempen buruk-burukkan peribadi calon BN dan fitnah calon BN tu depa merujuk pasai dakwaan calon terlibat dalam satu isu pasai lelong tanah. Tapi yang aku herannya, pasai apa depa langsung tak ulas pasai isu tu.

Isu tu pasai kredibiliti calon BN. Dia dituduh melakukan salahguna kuasa masa dia jadi di Segamat. Dia dituduh gunakan kedudukan dia yang menyebabkan hak milik tanah seorang ahli perniagaan terlepas ke tangan orang lain.

Malaysiakini melaporkan:
Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

PAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad
dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.

Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total. - Mkini
Isu macam ni punya besar tapi berita TV langsung tak ulas. Tapi nak heran apa, memang dah macam tu cara puakj-puak yang bermazhab 'anjing Umno' buat kerja untuk pastikan tuan depa menang.

Dari cara media nampak Umno BN takut dengan isu tu. Jadinya, aku harap jentera di Tenang kena pastikan bahan sebaran berkenaan isu tu mesti sampai kepada setiap pengundi terutama sekali orang atas pagar dan penyokong Umno.

Aku harap sangat takdak bahan kempen yang terperap di markas. Biar bagi banyak kali daripada terperap di markaz-markaz.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...