Takziah kepada keluarga Adun Merlimau | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 21, 2011

Takziah kepada keluarga Adun Merlimau

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini.

Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat. - Hrkh
Ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Mohamad Hidhir. Kematian ini pasti kehilangan besar kepada keluarga depa.

Semasa dia hidup tentunya dia dah berkhidmat kepada pengundi-pengundi di Dun Merlimau, dan kematiannya dia pun tak sia-sia. Masyarakat di Dun Merlimau akan dapat lagi banyak untung bila diadakan pilihanraya kecil di Dun Merlimau.

Hidup mati telah ditakdirkan. Kehilangan untuk sebahagian manusia akan jadi keuntungan untuk sebahagian yang lain. Itulah hukum alam.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...