Apa pula jawapan 'si anjing Umno' kali ni. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 21, 2011

Apa pula jawapan 'si anjing Umno' kali ni.

Sebelum ni aku ada tulis pasai Pakatan Rakyat ambil keputusan untuk jumpa SPR si anjing Umno untuk berbincang. Pengarah pilihanraya masing-masing parti akan berbincang untuk pertemuan dengan SPR si anjing Umno tu.

TV Selangor melaporkan:
KUALA LUMPUR 20 JAN : Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini untuk membincangkan beberapa isu pilihan raya seperti undi proksi , undi pos, pendaftaran secara automatik dan kedudukan persempadanan semula.

"Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas kami mengemukakan permohonan pada 17 Disember lalu dan dipersetujui SPR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada para pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di sini petang semalam.

Menurut Mustafa, dalam pertemuan itu, PAS akan diwakili Pengarah Pilihan Rayanya Datuk Halim Abdul Rahman serta dirinya sendiri manakala PKR akan diwakili Naib Presidennya Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Sementara DAP pula diwakili Ketua Pemudanya Anthony Loke Siew Fook serta Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong."Bagi pihak SPR, ahli jawatankuasa tertinggi termasuk pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan turut serta dalam pertemuan itu," katanya. - TVS
Aku teringin sangat nak dengar apa pulak jawapan BANGANG dari SPR kali ni. Paling aku nak dengar jawapan BANGANG depa pasai isu undi proksi tu.

Aku harap dalam pertemuan tu, wakil-wakil yang dibagi tanggungjawab untuk berbincang dengan SPR tu tak sekadar berbincang. Aku harap depa boleh bawa suara yang lebih keras dari berbincang. Tekan depa sampai depa terkeluar ayat-ayat yang boleh kita guna untuk tekan Umno pulak nanti.

Dengan jenih spesis macam anjing ni, sia-sia saja kalau bawak pendekatan lembut, kecuali la kalau anjing tu anjing yang kita bela, memang la kena urut lembut-lembut. ni jenis anjing garang, musuh punya pulak tu, memang kena guna cara keras.

Aku harap depa lebih bawa pendekatan 'menekan' SPR. Kalau perlu depa kena guna pendekatan 'mengugut' SPR supaya menerimapakai sama pendapat dan pandangan dari Pakatan Rakyat.

Tak ada lain 'tekanan' dan 'ugutan' yang boleh kita bagi kepada Pakatan Rakyat selain dari merancang untuk adakan lagi satu demonstrasi besar-besaran kalau pandangan dan tuntutan Pakatan Rakyat tak diterima.

Lagi satu, aku harap sangat, pertemuan kali ni tak lupa bawak sekali 'minit' pertemuan dengan SPR yang lepas-lepas.

Jangan lupa jugak, ingatkan SPR 'si anjing Umno ni' sekali lagi permintaan kita yang kita war-warkan masa deminstrasi BERSIH yang di buatpada 10 November 2008 dulu.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...