Rugi aku terlepas RM500, laptop, broadband dan Bluebarry | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 20, 2011

Rugi aku terlepas RM500, laptop, broadband dan Bluebarry

Rugi betui aku tak pi program dengan pertemuan blogger dengan Kerajaan Pas Kelantan. Dah la rugi tak dapat jumpa TG Nik Aziz, kawan-kawan blogger, lagi rugi bila aku terlepas, tak dapat apa yang depa yang pi program tu dapat.  

Depa-depa yang pi program tu rupa-rupanya semua akan dapat laptop, broadband dan Bluebarry sorang satu. Duit RM500 dapat malam tu jugak. Senang sangat nak dapat katanya, semua orang dapat. Cuma perlu isi borang ja, lepas tu sorang-sorang dibagi RM500.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Memang rugi betul aku tak pi. Katanya Husam Musa sediakan RM2juta untuk bagi kepada blogger dan facebooker Pakatan Rakyat untuk kerja maki Umno BN.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Banjari pun kata dia tak pi jugak. Bila aku bagitau dia yang depa yang pi sana dapat RM500 sorang, lepas tu pulak akan dapat dalam masa terdekat laptop, broadband dan Bluebarry tapi AlBanjari tak percaya.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

AlBanjari kata, kalau betui depa dapat tu semua takkan takdak blogger yang bagitau kat dia. Bukan sorang dua blogger kawan baik dia yang pi program tu. Tapi takdak sorang pun yang bagitau.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Aku rasa kalau takdak sapa bagitau tu bukan tandanya tak betul. Mungkin jugak depa-depa yang pi program tu dah kena angkat sumpah, mungkin kena buat "baiah talak tiga." mana berani depa nak pecah lubang.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Aku pun mula-mula tak berapa nak percaya cerita tu. Tapi takkan tak nak percaya kalau sumbar berita tu dari perawi yang "soheh". Blogger paling terkenal di Malaysia. Semua orang yang baca blog politik tentu kenal punya blogger tu.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Aku kalau takat blogger koman-koman cap ayam dengan ranking Alexa mata ribu-ribu yang bagitau cerita macam ni aku payah sikit nak percaya, tapi kalau blogger sorang ni punya maklumat mana boleh tak percaya. Sebagai orang Islam dan mengaku beriman takkan dia nak buat fitmah pulak.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Lagipun, semua cerita yang dia bawak sebelum-sebelum ni takdak yang tak 'benar' melainkan yang benar-'benar' belaka, takdak yang tak "soheh" melainkan yang "soheh-soheh" belaka.

Rugi betul la aku tak pi program tu, kalau tak dah tentu aku boleh bergaya sakan dengan blackberry kaler biru, gantung kat tengkuk.

Kalau hangpa tak percaya hangpa baca sendiri kat sini.

Nota kaki makan cekam:  Tentu perawi prog yang blogger terkenal tu kata tu pun tahap perawi "soheh" jugak. Prog ke FROG?? Ke guane?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...