Rupanya Tok Ai duduk rangking no 6 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 28, 2011

Rupanya Tok Ai duduk rangking no 6

Aku baru terbaca entry blog Wan Nik. Ada info menarik yang dia tulis. Senarai calon Umno ikut rangking pilihan untuk jadi calon PRK Dun Tenang.
Kesemua nama calon:
  1. HJ ROSDIN MAHMUD,
    Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis
  2. HASHIM DAUD,
    Naib Ketua UMNO Bahagian Labis
  3. MOHD SAHIR BIN ALI HUDDIN,
    Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis
  4. JAIM BIN YUNUS,
    mencabar Sulaiman jawatan ketua bahagian tetapi kalah 11 undi, penyokong TPM
  5. HASLINDA BINTI SALLEH,
    Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis (belum kahwin, 38)
  6. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM.
    ADO Rengit (pegawai awam, tidak pimpinan parti)
  7. MASRAN BIN AHMAD SAYUTI,
    AJK Pemuda UMNO Bahagian Labis
  8. HARUN BIN SALEH,
    Anak Peneroka Chempelak, bekas Setiausaha Politik
  9. AZLAN HALIN,
    bekas guru, rapat dengan MB
  10. SYED OSMAN SYED ABDULLAH,
    bekas Setiausaha bekas ADUN.
Umno-BN sudah guna formula ‘siapa sahaja calon, tidak semestinya penjawat parti, akan dipilih asalkan boleh menang’ telah diamalkan... Apakah makna perjuangan? Hanya Tuhan Yang Esa yang maha menilai. Wan Nik
Patut pun sungguh-sungguh depa nafi dalam media pencacai, tuduhan yang kata calon yang dipilih tu bukan calon pilihan.

Semua pakat-pakat kata terima Tok Ai sebagai calon dan menyokong pilihan pimpinan. Pemuda, Wanita, Bahagian semua buat pengakuan. Biasa sangat dalam Umno kalau depa sungguh-sungguh menafikan, memang sebenarnya betul macam yang dituduh tu.

Aku yakin dah ada ganjaran yang dijanjikan untuk calon-calon yang tak dipilih tu supaya depa tak belot atau sabotaj.

Cumanya, macam yang aku ada tulis sebelum ni. Kalau calon-calon yang tak terpilih tu teringin nak jadi calon lain kali, depa kena fikirkan pilihan dan strajegi yang ada. Salah satu strategi yang ada adalah memastikan Tok Ai tak menang dalam PRK ni. KAlau dia kalah ada peluang la orang lain nak jadi calon masa PRU13 nanti. Tapi kalau dia memang, dah tentu-tentu masa PRU13 nanti dia akan dipilih lagi jadi calon mempertahankan kerusi yang dia menangi tu.

Apamacam? Ada berani?

Jangan harap la puak-puyak Umno ni nak berani. Tumpang boleh dapat habuan sikit sebanyak, kalau buat kerja sabotaj langsung apa pun tak dapat.

Silap-silap semua rezeki yang dah ada dalam periuk pun depa tuang ke tanah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...