TMI melaporkan:
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Kementerian Pelajaran disaran mendapatkan persetujuan penulis Interlok, Datuk Abdullah Hussain, terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pindaan dalam kandungan novel itu.Mana boleh nak suka-suka ubah hasil kerja orang lain. Tambahan pulak hasil kerja tu bukan hasil kerja orang sebarangan tapi hasil tulisan orang yang dah diiktiraf sebagai Sasterawan Negara.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata amat wajar kementerian mendapatkan “hitam putih” daripada Sasterawan Negara itu jika bercadang untuk memasukkan glosari, nota kaki ataupun menggugurkan ayat-ayat sensitif dalam novel yang dijadikan komponen sastera (Komsas) dalam subjek Bahasa Malaysia tingkatan lima itu.
“Perkasa yakin bagi penulis, maruah lebih penting daripada royalti yang diterima sebab beliau (Abdullah) ialah Sasterawan Negara. TMI
Pasai takut tak dapat undi orang india dan dalam masa yang sama takut hilang undi orang melayu . Nak batal penggunaan buku tu takut orang melayu macam PERKASA marah. Nak teruskan macam biasa takut hilang undi orang India pulak. Jadinya Muhyiddin buat keputusan teruskan guna buku sebagai buku teks tapi pinda mana yang patut.
Kalau tak setuju dengan buku tu pun, Kementerian Pelajaran mana ada hak nak pinda buku orang. Lain la kalau buku tu memang Abdullah Hussain tulis untuk jadi buku teks yang hakmilik di pegang oleh kementerian. Kalau macam tu mungkin la kementerian ada hak kalau nak pinda pun. Tapi penulis tetap ada hak untuk kata tidak.
Inilah masalah sebenar pemimpin Umno. Depa ingat bila depa memimpin negara depa boleh buat apa saja yang depa suka. Seolah-olah semua yang ada dalam Malaysia ni hak mak bapak depa. Suka-suka nak buat apa yang depa nak.
Aku harap sangat Abdullah Hussain sebagai seorang sasterawan tak tunduk kepada kemahuan gila pemimpin BANGANG ni. Aku harap dia tak perjudikan masuah semua penulis di Malaysia. Pasainya kalau dia terima cadangan ni, bukan saja maruah dia sebagai sasterawan negara terjejas tapi maruah seluruh penulis di Malaysia akan terjejas sama.
Dibawah ni temuramah Utusan dengan SN Abdullah Hussin
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang. - Utusan
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis