Kalau tengok dari angka keputusan PRU12 lepas macam jadual kat bawah, nampak gayanya Umno BN memang memerlukan pertambahan undi dari kaum cina yang tinggal di pekan labis terutamanya. Kalau undi kaum cina tak meningkat, peluang untuk dapat majoriti lebih 5,000 undi mungkin tak dapat dicapai.
Kalau tengok angka kat atas, perkiraan atas kertas nampak macam Umno memang mudah kalau setakat nak menang. Dengan majoriti undi di Felda yang lebih 1,500 masa PRU lepas memang sepatutnya calon Umno menang kali ni. Kalau Umno kalau memang boleh dianggap satu keajaiban.
Untuk dapat majoriti lebih 5,000 undi calon Umno kena dapat pertambahan undi yang banyak dan Umno amat-amat mengharapkan undi dari kaum cina yang kebanyakkannnya tinggal di kawasan pekan Labis terutamanya.
Sebab tu lah, MCA begitu bersungguh-sungguh kali ni. Tambahan pulak kerusi Parlimen Labis dimenangi oleh MCA dengan calon adalah anak kepada presiden MCA.
Kalau Umno gagal dapat pertambahan undi yang banyak dari kaum cina, bukan saja calon Umno mungkin gagal dapat majoriti melebihi 5,000 undi tapi maruah BN terutama sekali maruah MCA akan tercalar.
Kalau Pakatan Rakyat berhasrat nak berjaya kurangkan majoriti atau sekurang-kurangnya gagalkan angan-angan Umno BN untuk dapat majoriti lebih 5,000, selain dari menggempur Felda, Pakatan Rakyat perlu dapatkan lebih sokongan dari kaum cina di kawasan pekan.
Kalau sokongan dari masyarakat cina meningkat dan dalam masa yang sama boleh mencuri undi Umno di kawasan Felda, calon PAS bukan saja berupaya untuk mengurangkan majoriti tapi mungkin berpeluang untuk menang dengan majoriti kecil.
Cumanya, dengan isu yang ada setakat ni, aku tak manpak langsung peluang untuk calon PAS menang. Tapi dalam politik bukan boleh tentu, mungkin disaat-saat akhir turun keajaiban dari langit, dan calon PAS mungkin berjaya kalahkan calon Umno di kubu kuat Umno BN PRK kali ini.
Kalau gambar kat bawah ni mengambarkan keadaan sebenar di kawasan Felda, PAS cuma mungkin mampu kurangkan majoriti tapi setakat boleh kurangkan majoriti pun dah boleh dianggap kemenangan besar untuk PAS di Dun Tenang.
Kalau macam ni di kawasan Felda, peluang PAS sangat-sangat tipis untuk menang |
Gambar ni bagi sedikit harapan dari pengundi cina. |
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis