Haslinda Salleh, Ketua Wanita Umno Labis yang disebut-sebut sebagai calon terpaksa akur. Peluang dia untuk lebih popular nampaknya tak berjaya. Perjuangan dia untuk jadi popular mungkin terhenti setakat ni saja.
Malaysiakini melaporkan:
LABIS: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.Sebelum ni aku tulis
Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.
Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud. - BHarian
Umno memang tak berani punya nak tolak bakal calon dari Wanita Umno ni. Kalau semua orang Umno bersepakat tolak calon ni pun, aku yakin percaya yang Najib takkan berani punya nak pilih calon lain. Tentu punya Najib akan pilih calon ni pasai calon ni akan dapat sokongan penuh Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia. Najib mana berani nak lawan.Rupa-rupanya aku tersilap di situ. Rupa-rupanya Ro$mah tak berapa suka Haslinda, kalau dia suka tentu punya Haslinda ni Najib umum jadi calon.
Setelah menilik-nilik, akhirnya aku tau pasai apa Ro$mah tak berapa suka dengan Ketua Wanita Umno Labis ni. Hasil tilikan aku, rupa-rupanya Ra$mah tak suka di cabar. Mana boleh lawan tokey, mana boleh ada yang lebih dari Wanita Pertama Malaysia.
Cuba hangpa bandingkan antara dua gambar kat bawah ni. Walaupun Ro$mah nampak menjiwai lagu yang dia tengah bawa tu tapi nampak jelas yang Ketua Wanita Umno Labis tu lagi lebih dalam menjiwai lagu yang dia nyanyi.
Lagi satu, hasil tilikan aku, Ro$mah ni rasanya tak berapa suka dengan fesyen Haslinda ni. Dia lebih suka fesyen macam yang selalu digayakan oleh Shahrizat dan Maznah bini Rais, anggun dan bergaya. Haslinda ni nampak macam makcik kampung baru cuba-cuba nak melawa. Cuba bandingkan 2 gambar di bawah ni, jauh panggang dari api.
Pasai tu lah Haslinda Salleh tak terpilih jadi calon PRK N05 Tenang. Kalau Haslinda Salleh bercita-cita nak jadi terkenal, nampak gayanya dia kena berusaha dengan lebih gigih lagi lain kali. Mungkin dia boleh guna cara 'Linda Rafar'. Dan yang paling utama, dia juga kena tukar pemanpilan dia supaya nampak lebih anggun dan 'gebu'. Baru Rosmah suka.
Mungkin dengan memastikan kekalahan bekas DO Rengit tu, peluang dia nak jadi calon masa PRU13 nanti akan cerah semula.
Sumber pic: google
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis