Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Tuesday, January 04, 2011

Akhirnya Tok Guru juga yang tolong sejukkan


Isu pertemuan antara pemimpin Umno dan pemimpin PAS pada akhir Disember lepas memang hangat di alam maya. Memang ramai yang suka/marah bila dibagitau ada pertemuan lagi antara pemimpin Umno dan pemimpin PAS.  

Macam yang aku tulis sebelum ni, memang langsung tak ada salahnya kalau ada pertemuan antara pemimpin PAS dan Umno. Memang langsung tak salah kalau sekadar ada pertemuan dan perbincangan.

Kecualilah kalau dibincangkan perkata Kerajaan Perpaduan. Kalau bincang bab Kerajaan Perpaduan memang salah besar kepada pemimpin PAS terbabit, pasainya memang ada larangan yang terang dari pimpinan tertinggi PAS sendiri supaya isu Kerajaan perpaduan ni tutup buku.

Alhamdulillah, akhirnya TG Nik Aziz bersuara. Walaupun dia tak bagitau apa sebenarnya yang dibincangkan tapi aku yakin kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat menarik nafas lega.

Pasainya, tahap thiqah depa dengan TG Nik Aziz sangat tinggi. Depa percaya, kalau TG Nik Aziz sendiri terlibat dalam pertemuan tu, takdak apa yang perlu dirisaukan. Pasainya depa yakin yang TG Nik Aziz takkan menghampakan harapan depa selama ni. Tak  kira la apa pun harapan depa, tapi depa percaya TG Nik Aziz memang boleh digantung harap.

Tambah-tambah lagi bila dah TG Nik Aziz sendiri guna perkataan MENGARUT, takkan TG Nik Aziz nak buat benda yang dia sendiri kata mengarut.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.(gambar)

Ketika ditanya adakah pertemuan itu  turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya. - Hrkh
Cumanya, aku tak berani nak bayangkan, kalaulah dalam pertemuan tu memang ada dibincangkan berkenaan 'Kerajaan Perpaduan'...

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Artikel terkini

5 Orang BELASAH:

  1. masih ada yang tak thiqah kepada tok guru nik aziz selepas tok guru nik aziz tak berpihak kepada mereka sepertikata sipenarik beca dalam blognya. sesungguh mereka tak akan redha dengan apa jua pemimpin islam buat, mereka berpura pura menyokong sebahagian daripadanya dan membantah sebahagiannya sehinggalah mereka berjaya menarik kamu ke lubang biawak. percayalah ungkapan ini

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tak thiqah nak buat macamana tapi ramai lagi yang thiqah, antaranya dia ni.

    Thiqah dan wala' ni bukan benda boleh diminta-minta, ianya adalah anugerah.

    ReplyDelete
  3. TGNA memang sudah menyejukkan suasana.Dia juga sudah selamatkan muka Hadi Awang.TGNA bijak buat damage control.

    ReplyDelete
  4. ni mangkuk hayun mana pulak yang duk mengata kat presiden ni... tak reti-reti.....sekarang ni halim kau tak payah duk cuba ubah tajuk pasal sejuk-sejuk ni.....sekarang ni sapa yang mula dulu pasal ni sekarang?!!!

    geng-geng kau la...so tak payah cover line la oooiii.....mana pegi fakta-fakta yag di dakwa ada tu...yang duk seranah presiden & tim Presiden

    ReplyDelete
  5. KAH KAH DENGAN N.AJIS PUN HANGPA PERCAYA..HARI NI KATA A, SOK KATA B, LUSA JADI Z....TU BELUM MASUK BAB MENCARUT LAGI

    ReplyDelete

Sini bukan tempat mencarut, kalau nak mencarut pi mencarut di blog penchachai ParpuGomo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan bawah posting