Bila aku online rupa-rupanya dah heboh pasai cerita tu. Pak Bakar Penarikbeca tulis panjang lebar pasai cerita tu. Ada dua tiga blog lain ikut ulas sama. Cerita tu katanya mula dibuka intro oleh MSO yang tulis mungkin ada pertemuan berlaku. MSO rupanya dah bagi bayangan awal bila dia tulis Mujurlah kalau berlaku...
Walaupun masa baca entri tu pasai pertemuan tu, ada terlintas dikepala aku pasai "perjumpaan dalam gelap" tapi aku tak layan lintasan tu. Pasainya... takkan kut...
Lepas apa yang berlaku bila idea Kerajaan Perpaduan tu cuba dijual dulu, dan semua orang boleh tengok macamana reaksi sambutan ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, takkan kut ada lagi pemimpin PAS berani nak usahakan balik Kerajaan Perpaduan. Sekurang-kurangnya tidak dalam tempoh masa terdekat, sampai ahli PAS sendiri faham konsep Kerajaan perpaduan.
Jadinya, selepas termenung sepanjang mesyuarat semalam aku dapat satu idea. Aku nak tanya kepada semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat termasuk kepada diri aku sendiri, satu soalan.
APA SALAHNYA ADA PERTEMUAN ANTARA PEMIMPIN PAS DAN UMNO???
Lagi pun pemimpin PAS yang dikatankan terlibat dalam perjumpaan dan perbincangan tu dah cukup lama dalam politik, takkan depa tak reti nakr berjumpa dan berbincang. Dah banyak sangat pengalaman depa dalam berpolitik, takkan nak berbincang pun jadi salah.
Pengalaman berjumpa dan berbincang pun depa dah ada.Bukannya depa tak biasa buat perjumpaan dan perbincangan sebelum-sebelum ni.
Pada aku, biarlah depa nak berjumpa dan berbincang. Lantak pi dekat depa. Biarlah depa nak berbincang tiga hari tiga malam pun, lantak pi la kat depa.
Pasainya, memang takdak salah apa satu pun kalau takat nak berjumpa denapa gan sapa pun. Memang takdak salah apa satu pun kalau takat nak berbincang dengan sapa pun.
Dari satu segi, memang patut pun pemimpin PAS pi berbincang bila pemimpin Umno sungguh-sungguh ajak berbincang. Takkan teruk sangat pemimpin PAS sampai nak berjumpa dan berbincang dengan pemimpin Umno pun takut. Takkan pemimpin gerakan Islam macam PAS boleh takut nak berjumpa dan berbincang dengan pemimpin gerakan assobiah.
Dah lama sangat dah pemimpin Umno ajak berbincang. Depa lama dah Umno dan PAS berperang, takkan tak boleh berhenti sat untuk berjumpa dan berbincang. Lagi pun memang takdak salah pun kalau takat berjumpa dan berbincang.
Akhir sekali, aku nak ulang tanya sekali lagi...
MEMANG TAK ADA SALAHNYA KALAU SETAKAT BERJUMPA DAN BERBINCANG, HATTA DALAM GELAP SEKALI PUN!!!
Berkaitan
- TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?
- 'Pertemuan gelap' mengapa berlaku setelah tahu PAS tidak tangguh pemilihan?
- Perjumpaan UG berlaku pada 24 Disember 2010.
Nota kaki makan cekam: Tanpa DENGAN PREJUDIS