Janji 100 hari bakal menjerat tengkuk sendiri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 20, 2010

Janji 100 hari bakal menjerat tengkuk sendiri?

Malaysiakini melaporkan:
Susulan konvensyen PKR yang berakhir semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 100 hari untuk membuktikan bahawa janji mereka bukanlah palsu atau angan-angan.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya. - Mkini
Aku taktau orang lain, tapi aku sendiri tak berapa nak yakin dengan "janji 100" hari ni. Memang la sepatutnya boleh buat tapi mampukah kita nak buat. 100 hari bukan lama mana, cuma 3 bulan. Masa nak berjanji memang apa pun boleh, tapi masa nak laksanakan tu yang masalahnya.

Kalau Pakatan Rakyat boleh menang 2/3 takpa la, takutnya cuma menang majoriti 1 kerusi saja nanti. Apa sangat yang boleh dibuat dalam masa 100 hari kalau dah hari-hari dok sibuk kepong rata keliling takut ada berudu bertukar jadi katak melonpat.

Maksud aku, kalau kita nak buat dalam masa 100 hari, kita kena pastikan sejak dari hari pertama lagi, kita mesti boleh kuasai sepenuhnya, terutama sekali pegawai-pegawai kerajaan. Pasainya depa ni la yang nak laksanakan semua janji-janji kita tu.

Kalau ada lompong di mana-mana, mudah sangat kalau ada yang nak sabotaj. Semua orang tau, dikalangan pegawai-pegawai kerajaan cukup ramai yang berkasih sayang dengan Umno. Tambah-tambah lagi kalau pegawai-pegawai kerajaan yang selama ni kenyang melantak rasuah, atas rasuah, bawah rasuah, kiri rasuah dan kanan pun rasuah. Jenih-jenih yang bertaraf CELAKA macam ni memang langsung tak boleh percaya.

Bukan la maksud aku nak suruh pecat semua pegawai kerajaan yang bermazhab Umno, tapinya kita kena siapkan makanisma untuk pastikan depa-depa tu tak ada ruang nak sabotaj. Kalau takat cuma bagi kuliah dan tazkirah aku rasa tak cukup untuk puak-puak yang bertaraf CELAKA ni.

Aku harap sangat Pakatan Rakyat belajar dengan pengalaman kerajaan negeri yang Pakatan Rakyat kuasai terutama sekali pengalaman di Perak. Apa peranan yang pegawai kerajaan bertaraf CELAKA ni mainkan dalam usaha Umno BN nak merampas Perak.

Jadinya, kalau boleh aku nak bagi nasihat kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Jangan main sedap mulut ja janji macam-macam. Sebelum berjanji apa-apa, kena pastikan dulu apa yang hangpa nak janjikan tu  memang boleh kita laksanakan dalam masa 100 hari, walaupun kita cuma ada majoriti 1 kerusi.

Kalau nak kira, memang banyak benda yang kita patut buat, tapi kena berpada-pada la. Pasainya kita bukan ada pengalaman memerintah negara. Di peringkat pusat memang la ada pengalaman sikit sebanyak terutama sekali dikalangan pimpinan PKR yang asalnya Umno dan beberapa orang pimpinan PAS yang pernah bersama masa dalam BN.

Pengalaman depa-depa ni pun belum tentu boleh pakai, pasai pengalaman depa tu depa dapat masa bersama dengan Umno yang penuh dengan rasuah dan salahguna kuasa. Lagipun pengalaman dulu tentu tak sama dengan yang ada hari ni.   

Memang aku setuju sangat kita bentangkan kepada rakyat apa yang akan kita buat kalau kita ambil alih putrajaya, tapi jangan la janji-janji benda yang mungkin kita tak mampu nak buat dalam tempoh 100 hari.

Jangan jadi sampai kita macam letak jerat kat tengkok sendiri dah laa...

BHarian melaporkan:
Antara Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu ialah:
  • Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;
  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
  • Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
  • Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
  • Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;
  • Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah. - BHarian
Sumber imej: mediaindonesia

Nota kaki makan cekam:  Depa kat atas lantak pi depa la, masalahnya kami yang kat bawah ni, macamana nak menjawab kalau orang untkit pasai janji 100 hari tu. Takkan nak suruh depa baca Utusan ja kot??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...