![]() |
| [sumber image] |
Masa ucapan penggulungan, Karpal Singh dilaporkan berkata:
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.
Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.
“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.
“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.
“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi. TMI
MalaysianInsider melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh untuk menyelesaikan isu negara Islam.Dr. Aziz Bari pulak berpendapat:
Hadi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, partinya sentiasa terbuka untuk menjelaskan isu negara Islam kepada rakyat dan juga pemimpin-pemimpin politik negara ini.
“Kita sentiasa terbuka untuk beri penjelasan dalam isu ini (negara Islam), kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal.
“Saya sentiasa berjumpa dengan Karpal, cuma kita perlukan masa, berikan masa kepada PAS untuk jelaskan isu ini kepada rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. - TMI
Walaupun Karpal Singh sudah menunjukkan ‘lampu hijau’ untuk membincangkan isu negara Islam, namun penganalisis politik Prof A. Aziz Bari berpendapat, isu yang dilihat “duri dalam daging” dalam hubungan DAP-PAS, tidak memerlukan perbincangan.Masalahnya sekarang, apa pendapat majoriti rakyat Malaysia yang akan mengundi masa PRU13 berkenaan isu Negara Islam ni? Elok sangat kalau PAS boleh buat kajiiselidik berkenaan isu ini. Lagi baik kalau disekalikan dengan persoalan apa pendirian yang rakyat Malaysa mahu PAS ambil dalam isu ni.
Ini kerana menurut Aziz, isu negara Islam tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat selain tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga mencadangkan adalah lebih baik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan ke atas perkara-perkara lain daripada bercakap soal negara Islam.
Malah perkara itu juga tidak disenaraikan dalam Buku Jingga dikeluarkan semalam, yang merupakan agenda Pakatan Rakyat susulan kepada Dasar Bersama diterima pakai Disember 2009. - TMI
Kalau hasil kajian tu majoritinya nak PAS "tutup buku" pasai isu Negara Islam, PAS ada 2 pilihan. Yang pertama ikut macam kehendak tu dan "tutup buku" ataupun pilihan kedua, teruskan mendidik rakyat Malaysia sampai majoriti rakyat Malaysia sokong konsep Negara Islam.
Ataupun, PAS boleh buat-buat "tak reti" dengan isu ni. Maksud aku, bagi komen bila isu ni timbul (yang tentunya akan ditimbulkan oleh Umno BN masa kempen PRU13) dengan harapan komen-komen tu kalau pun "tak boleh menambah undi" sekurang-kurangnya tak menipiskan lagi peluang untuk ke Putrajaya.
Masalahnya bila pimpinan PAS buat kenyataan pasai isu ni, akan ada pihak-pihak lain yang akan buat kenyataan balas. Malah mungkin jugak akan ada kenyataan balas dari pihak dalam PAS sendiri.
Mulut tempayan boleh la ditutup...
Apa pun, akhirnya rakyatlah yang akan buat keputusan masa PRU13 nanti, dan aku yakin isu Negara Islam tak banyak sikit, tetap memberi kesan.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis
Artikel terkini





Apa yg lebih aula la ni? Menang untuk melakukan islah atau mengubah perlembagaan lord reid jadi islam?
ReplyDeleteYg aku nampak lebih aula kita memerintah dulu. Postpone dulu nak tegakkan negara islam. Bukan maksud tolak konsep negara islam
Biarlah nampak kita mengikut telunjuk lord reid. Namun kita dapat melaksanakan syariat islam didalamnya secara perlahan-lahan.
Contohnya jelas Kelantan. Kedah x nampak sgt kecuali tulisan jawi. Penang wp minoriti byk program keagamaan dapat dibuat. Kerana PR menjadi kerajaan.
Rasanya perlu buat satu retreat lg. Himpunkan semua ydp, timb ydp dan su kwsn. Mtk depada hadamkan sampai lumat apa kita nak kata ttg konsep negara islam nih. Pastu turunkan ke setiap cwgn dan kampung2. Insya Allah.
Cepat2. Masa makin suntuk
Ngarut la. Isu Negara Islam ni kalau silap, boleh buat org bukan Islam lari dari kita.
ReplyDeletePeace....^^
ReplyDeleteApa pun kaedah yang di pakai dengan serba alasan namun matlamatnya hanya satu bagi UMNO ia itu pecahkan pakatan rakayat.Satu satunya senjata terakhir dalam petempuran politiuk demokrasi.Pecahkan dari luar dan dari dalamnya atau sekurang kurangnya di cerderakan pakatan agar keyakinan rakyat berubah pada UMNO/BN..Demikian juga misi melemahkan parti pakatan Rakyat dicatur secara dalaman dalam PKR ketika pemilihan pucuk pimpinan di buat baru baru ini. Untuk hilangkan kepercayaan antara ahli dan pemimpin,.Dalam Pas isu dasar dan Matlamat Parti di bangkitkan oleh pemimpin yang tertentu dalam mempersoalkan dimana letaknya prinsip perjuangan pAS selama ini Negara Islam dan DAP Gambaran yang hudoh persepsi nagatif cuba di ujudkan pada rakyat mengenai PAS.Jarum UG bergerak bermodalkan andaian nagatif terhadap sesama Parti Pakatan bagi merencanakan pepecahan dalaman.Selogan DAP memperkudakan PAS,PAS mengadaikan prinsip,PKR dan DAP megenepikan PAS di selangor dan banyak lagi matlamatnya apa? Supaya Pakatan Bergaduh sesama sendiri dan atara parti dengan yang lain.Mereka mau status kuo Parti dalam Pakatan Kembali pada status Kuo yang lama itu berjuang berasingan tanpa Pakatan yang menakut kan mereka. .Di pulau Pinang pula DAP atau Lim Guan Eng Menghalau Melayu menindas dan banyak lagi lah isu dan slogan di mainkan dalam media dan lidah biawak pemimpin UMNO/BN.Semuanya ini di gembar gembur agar Ahli dan perjuang dalam parti masing masing hilang kepercaya pada pemimpin lantas keluar Parti,Bergaduh dan berselisih pendapat antara Parti Pakatan Rakyat.Demikianlan langkah terbaru UMNO/BN dalam gelanggan politik tanah air yang amat jijik dsan tidak bertamadun agar rakyat terus berbecah dan melupakan tentang perubahan kuasa di peringakat pusat dan UMNO/BN terus kekal status Kuo.
ReplyDelete