Peringatan kepada semua bekas MB dan Exco-exco Perak!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 19, 2010

Peringatan kepada semua bekas MB dan Exco-exco Perak!!!

Kalau betui mengikut perkiraan aku, Krisis Politik Perak dah berlanjutan 681 hari atau 1 tahun 10 bulan 16 hari. Walaupun Umno BN dengan Gasneson sebagai Speaker "HARAM" dah beberapa kali buat sidang DUN, masih lagi tak dapat pengiktirafan dari ADUN Pakatan Rakyat.

Selama itu jugak la lebih kurang, kes OPS BUBAR DUN PERAK berjalan di mahkamah. Aku pun taktau berapa kali 13 OKT yang dituduh di Mahkamah Syesyen Kuala Kangsar tu berulang-alik, masuk keluar mahkamah.

Kalau ikut blog UmmuAsiah, dia tulis:
telah turun ke Masjid Ubudiyyah pada tarikh 6hb Februari 2009 diatas amanat yang telah didengar dari mulut Menteri Besar Perak yang sah sendiri ketika itu Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin agar rakyat bersama-sama berada di Masjid Ubudiyyah pada tarikh tersebut. Kami turun bagi menyatakan kebencian kami pada rampasan kuasa yang berlaku ke atas sebuah kepimpinan yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak sendiri. - UmmuAsiah
UmmuAsiah jugak ada tulis:
Ada yg kecewa bila pimpinan tak beri sokongan. Namun kita tetap terus berjuang.Berjuang utk rakyat.Jika mereka muncul kita berbesar hati." - UmmuAsiah

Jadinya aku nak mengingatkan, terutama sekali kepada pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan terlebih utama kepada MB, Exco-ecxo, dan ADUN-ADUN untuk turun ke Mahkamah Syesyen untuk bagi sokongan moral. Depa-depa tu aku yakin tak mengharapkan duit elaun hangpa, sekadar hangpa hadir pun dah cukup sebagai penghargaan untuk depa.

Memang la depa tak minta tapinya apalah sangat kalau takat nak tolong bayar sarapan pagi depa, makan tengahari depa, tak berapa ringgit sangat pun. Tak sampai pun harga sebatang balak, malah harga ranting balak pun lagi mahal.

Hj Nizar, katanya takdak dalam negara pada tarikh tu, dia pi umrah. Tapi aku harap dia ada tinggal sikit untuk dihulurkan kat depa-depa tu sebagai tanda "ingatan tulus ikhlas".

Jadinya kepada pihak-pihak yang berkenaan:
Jangan lupa temujanji hangpa dengan OKT kes OPS BUBAR DUN PERAK Masjid Ubudiah pada 20 Disember 2010 (Isnin) di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar
Video kat bawah ni untuk refresh balik memori hangpa.




Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...