Jangan gambarkan Syiah Imamiah seperti ajaran Ayah Pin. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 25, 2010

Jangan gambarkan Syiah Imamiah seperti ajaran Ayah Pin.

Oleh Aris Awang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

Itulah sikap Ahli Agama yang bekerja di bawah UMNO/BN sejak 50 tahun lebih. Bercakap bohong, mereka-reka cerita yang tidak-tidak, mencampur adukkan antara ajaran yang sesat dengan ajaran yang jelas pegangannya, supaya akhirnya kejahatan yang mereka lakukan akan di terima oleh masyarakat awam sebagai benar.

Samalah juga, ketika berlakunya pembunuhan beramai-ramai keatas As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud dan anak muridnya pada tahun 1985. Berbagai rekaan cerita ke arah menggambar mereka sesat telah cuba dibuat ketika itu dengan menunjukkan tangkal dan macam-macam rekaan yang di tonjolkan. Namun usaha itu tidak berhasil.

Oleh itu, kepada Ahli Agama UMNO/BN dengarlah kuliah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang untuk memamahi apakah sebenarnya Syiah Imamiah dan Isna Asyariah. Gagahkan diri dan telinga anda untuk mendengar kuliah tersebut dari awal sehingga tamat. Sila klik DI SINI atau Klik Gambar Tuan Guru Hj Abd Hadi di sebelah kanan. (Nak download audio kuliah tu pun ada kat sana.)

Tuan Guru Hj Hadi telah menjelaskan, kadang-kadang akibat fikiran tertutup dan tempat pengajian seseorang mengakibatkan dia hanya melihat dari kacamata dimana dia belajar seperti dari Mesir, India, Pakistan atau mana-mana negeri. Maka dia menghukum berdasarkan apa yang diperolehi disitu tanpa meluaskan pandangan dan pemikirannya agar lebih terbuka terhadap kerencaman fahaman berbagai mazhab yang masih tidak terkeluar dari garis aqidah Islam yang suci.

Oleh itu, gambaran yang cuba digambarkan terhadap Syiah Imamiah, seakan-akan Ajaran Ayah Pin sedang dilakukan dengan pesat oleh Ahli Agama yang bekerja di bawah UMNO/BN. Tetapi sedarlah kebohongan mereka akhirnya akan ditolak oleh masyarakat yang celik ilmu.

Alangkah baiknya, jika diadakan forum terbuka dengan menjemput Ahli Agama yang berkerja di bawah UMNO/BN yang paling alim sekali dan Ketua Ajaran Syiah Imamiah yang ditangkap pada malam tersebut. Letak dua-dua orang atas pentas, sedia seorang pengerusi, selepas itu bagi pengerusi tanya, siar secara langsung seluruh Malaysia melalui RTM. Berikan hujjah dan dalil masing-masing. Buka pula soalan untuk hadirin yang hadir serta soal kepada penonton TV.

Sudah tentu cadangan yang dicadangkan di atas Tobat Lahum akan diakukan oleh mereka. Jadi sebagai penjelasannya silalah klik untuk mendengar Kuliah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang seperti yang saya cadangkan di atas. Semoga jiwa kita akan semakin jernih untuk lebih memahami bahawa kita masih dalam satu aqidah, walaupun berbeza dalam perkara cabang.

Terimalah mereka sebagai sahabat seaqidah kita. Musuh sebenar kita adalah Zionis, Amerika Syarikat dan sekutunya.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Sapa-sapa pun, aku tak izinkan komen apa-apa kat sini kecuali selepas dengar betul-betul  sampai habih kuliah TG Hj Hadi tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...