Berita paling lawak/bangang hari ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 27, 2010

Berita paling lawak/bangang hari ni

Berita 1.
Mohd Khusrin ganti Ramli sebagai SUK Selangor
December 27, 2010
KUALA LUMPUR, 27 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.amli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Mohd Sidek. — Bernama
Dah takdak orang lain dah ka? Takkan la orang yang "cukup dikenali" macam Mohd Khusrin yang nak dijolok naik. Tak kira la apa pun tujuan disebalik, memang tak sesuai sangat.

Jadi kesian pulak aku kat paklong nii, dah tentu-tentu punya kena hentam teruk lepas ni. Masalahnya sapa sangat yang akan sudi nak bela dia? Mungkin PERKASA sudi kot.

Berita 2
Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.
Memang lawak la, macamana benda yang "telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah" dan dah diumumkan tiba-tiba MB boleh kata belum muktamat. Takkan Sidek Hassan berani nak buat pengumuman kalau Sultan Selangor belum buat keputusan muktamat.

Yang pejabat MB pun satu, takkan benda besar macam ni pun langsung tak dapat dihidu? Takkan takdak langsung bau? Tak percaya langsung aku. Harap-harap jangan tak ada la pihak-pihak di Pejabat MB atau "jiran-jirannya" yang sokong kot belakang perlantikan Kushrin ni.

Tolong la, sapa-sapa yang pakar bab undang-undang dan perlembagaan, tolong bagitau kat kami yang "buta" undang-undang ni. Sapa sebenarnya yang benar-benar mempunyai kuasa untuk pilih sapa yang patut jadi SUK, LA dan jawatan lain untuk kerajaan negeri ni?

Lagi satu, aku mintak sangat kepada semua penasihat Sultan, jangan la ujudkan suasana sampai orang macam aku pun terdetik di hati nak bagi gelaran kepada institusi istana sama macam gelaran kepada SPR kut!!!

TOLONG LA....!!!

Nota kaki makan cekam:  Aku harap takdak orang yang BANGANG yang kata Sultan yang berkuasa!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...