Apa selepas Galas dan Batu Sapi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 08, 2010

Apa selepas Galas dan Batu Sapi?

Perang pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi dah pun selesai, keputusan pun semua orang dah tau. Utusan dengan riak paparkan keputusan 2-0 besar di muka depan. 

Calon Pas ditakdirkan kalah di N45 Galas. Bukan setakat kalah tapi kalah besar walau pun tak sebesar kekalahan PKR di P185 Batu Sapi. Walaupun ramai yang kata Umno menang sebab main tipu tapi depa tetap diiktiraf memang oleh SPR.

Aku yakin ramai yang bersetuju dengan Wan Azizah bila dia kata "Pakatan Rakyat akan melunaskan dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kekalahan kepada BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas."

TG Hadi Awang pulak kata "Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi."

Ramai yang berpendapat, dengan kemenangan Umno di PRK Bagan Pinang dan Gala,s Najib akan bubar parlimen lebih awal. Ada yang kata mungkin awal tahun depan sebaik saja tempoh Parlimen matang.

Kalau betui nak balas dendam masa PRU13, kalau betui kata nak tawan Putrajaya lepas tu, kita kena lonjakkan lagi kerja kita. Benda yang paling wajib dibuat tak lain tak bukan adalah mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru yang akan sokong kita. Cara paling mudah nak dapat undi untuk pilihanraya.

Walaupun setiap parti ada PPS sendiri 2 orang untuk setiap Dun, aku muntak sangat jangan lepas tanggungjawab ni kat depa saja. Kalau harap kat PPS saja, tak berapa orang sangat pun yang depa boleh dapat. Tambah pulak depa ni buat part-time, kalau buat full-time pun tak ramai mana depa boleh dapat.

Jadinya, kena ada projek khas untuk ni. Kawasan kena buat mesyuarat khas berkenaan projek daftar pengundi baru ni. Pemuda kena buat mesyuarat khas, Muslimat kena buat mesyuarat khas dan Ulama' juga kena buat mesyuarat khas malah cawangan pun wajib buat mesyuarat khas berkenaan projek daftar pengundi baru ni.

Begitu jugak JPR kena buat mesyuarat khas, MTD kena buat mesyuarat khas, UPU kena buat mesyuarat khas dan kalau boleh setiap lokaliti jugak kena buat mesyuarat khas.

Projek ni kena ada plan yang lengkap, apa yang boleh dibuat, apa yang patut dibuat, sapa yang patut buat.

Pembetulan!! Bukan sapa yang patut buat tapi SEMUA ORANG KENA BUAT.

Perlu diingat, projek ni perlu dijalankan SECEPAT MUNGKIN. Pasainya kalau nak boleh mengundi awal tahun depan, kita mesti mendaftarkan pengundi baru sebelum 31 Disember 2010.Nama-mana tu cuma akan disahkan paling awal pun pada bulan Mac 2010. Jadinya kalau PRU13 dibuat lepas tu depa ni boleh mengundi.

Dan perlu diingat, SPR Perak dah buat keputusan, PPS perlu hantar borang sebelum atau pada 20 Disember 2010, kalau lambat dati tu, nama-nama tu takkan diproses untuk suku ke 4 tahun ni tapi akan diproses untuk suku pertama tahun depan. Maksudnya depa-depa ni hanya akan boleh mengundi kalau PRU13 dibuat selepas bulan Jun. Tapi kalau ada banyak bantahan, tempoh tu akan jadi lebih panjang.

Akhir sekali, kalau projek daftar pengundi baru ni tak dibuat, atau tak dibuat dengan jayanya, jangan pulak buat-buat terkejut kalau masa PRU13 nanti calon kita kalah.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...