Saman la.. kami tak takut | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 11, 2010

Saman la.. kami tak takut

Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), akan menyaman Kerajaan Selangor untuk ganti rugi di bawah perjanjian konsesi tiga hala yang ditandatangani pada 2004.

Satu saman pemula bersama-sama dengan “affidavit-in-support” telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan sejumlah RM471,642,916 sebagai ganti rugi di bawah terma perjanjian yang ditandatangani antara Syabas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada 15 Disember 2004, kata satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - Bernama
Sebelum ni, MB Selangor masa ada ugutan dari Syabas yang kata akan saman kerajaan negeri Selangor, MB Selangor tu ada kata:
"Kami bertanggung jawab mempertahankan hak rakyat Selangor untuk mendapatkan perkhidmatan air terbaik pada caj berpatutan."

"Kami juga mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana mereka gagal patuh asas penting dalam perjanjian konsesi air. Akibat kegagalan itu, rakyat Selangor telah rugi jutaan ringgit."
Sebelum tu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin pun ada ulas bab tu, dia kata:
"Kerajaan negeri tidak gentar dengan tuntutan SYABAS itu. Kerajaan negeri berpendapat syarikat itu tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air."

"Antaranya, bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit." - mKini
Bekas MB Selangor,Khair Toyo pulak masa ditemuramah Malaysiakini sebelum ni ada sebut:
Kerajaan negeri boleh menang. Biar SYABAS saman, kita ada klausa khas. Kenapa kerajaan negeri hendak besarkan isu (sedangkan) klausa itu jelas? Jika SYABAS gagal turunkan (kadar air tidak berhasil) NRW di bawah 20 peratus, dia tidak boleh naikkan harga air. - Mkini
Sebelum ni kita dah didedahkan yang gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan.

Kita tengok pulak lepas ni apa lagi benda mengarut pasai Syabas dan jugak perjanjian konsesi tu. Aku yakin  Khair Toyo tidur tak lena lepas ni, tentu dia akan dipanggil ke mahkamah sama. Jenuh la dia nanti kena tekan dengan peguam Kerajaan Negeri.

Berkaitan

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...