SPR Bangang!! - Parlimen Baling ada di Lembah Kelang ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 27, 2010

SPR Bangang!! - Parlimen Baling ada di Lembah Kelang ka?

[sumber pic:siasahdaily]
Mengulas pasai sempadan pilihanraya Najib Razak masa menjawab soalan parlimen dari Rasah dilaporkan:
Beliau berkata kriteria kawasan pilihan raya bagi sesebuah Parlimen di bandar ialah mempunyai pemilih berjumlah 60,000 orang ke atas, berkeluasan di antara lapan dan 49 kilometer (km) persegi manakala jumlah pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bandar ialah 25,000 orang ke atas.
Bagi kategori separuh bandar pula, beliau berkata ia perlu mempunyai keluasan di antara 50 dan 250km persegi dengan jumlah pemilih bagi kawasan Parlimen berjumlah 30,000 hingga 59,000 orang manakala jumlah pemilih DUN ditetapkan di antara 15,000 dan 24,000 orang.

Menurutnya, bagi kategori luar bandar dan pedalaman pula, ia terletak dalam kawasan kurang daripada 250km persegi dengan jumlah pengundi Parlimen di bawah 30,000 orang manakala jumlah pemilih DUN kategori itu berjumlah di bawah 15,000 orang. - Bernama
Macam iya-iya ja Presiden Umno ni jawab. Tapi nak kata apa, jawapan tu orang lain yang tolong karang, dia setakat baca ja. Masalahnya, betul ka apa yang SPR amalkan selama ni.

Aku tak berapa pandai sangat pasai geografi ni tapi aku rasa Parlimen Baling boleh dijadikan contoh. Kalau ikut data PRU12 lepas, pengundi di parlimen Baling ada 65,689 orang pengundi.

Kalau ikut kreteria yang Najib bagi tu, aku rasa Baling kalau pun tak terletak di Lembah Kelang, mungkin terletak di Lembah Kinta, tak pun di dalam Pulau Pinang. Pasainya hanya pengundi kawasan bandar saja yang boleh ada pengundi lebih dari 60,000 orang.

Memang BANGANG betui la SPR ni. Demi untuk memenangkan calon Umno macam Dr. Mashitah SPR langsung tak malu langgar peraturan yang dia buat sendiri.

Untuk pengetahuan, masa PRU 1999, parlimen Baling cuma ada 2 Dun, Dun Kupang dan Dun Bayu. Persempadanan semulalepastu, SPR masukkan Dun Kuala Ketil untuk pastikan calon Pas kalah di Baling.

Di Kuala Ketil ni memang masalah, dengar ceritanya Pas memang tak kuat kat sana. Bukan cerita nak buat program, banyak tempat nak masuk pun tak boleh. Hasilnya, masa PRU11 Dr. Masyitah berjaya kalahkan Ust Taib Azamuddin di Parlimen Baling.

Tapi alhamdulillah, kesan dari gelombang Tsunami politik 1998 dan ditambah gerakkerja berkesan Pas Baling, terutama sekali jentera Pemuda dibawah pimpinan Cikgu Jo masa tu, Pas bukan takat dapat bertapak kukuh di Kuala Ketil, tapi turut menang di Dun tu,dan Parlimen Baling dapat dirampas balik.

Berbalik pada cerita pasai jumlah pengundi. Pengundi di Dun Kupang 25,816 orang, di Dun Bayu 29,384 orang dan di Dun Kuala Ketil 23,902 orang. Kalau dicampur Dun Kupang dan Dun Bayu saja pun dah ada 55,200 pengundi, dah masuk taraf separuh bandar, lagi 5 ribu ja nak masut taraf bandar.

Aku rasa ada banyak kawasan-kawasan lain sama juga terutama sekali di Negeri Kedah dan negeri Terengganu, 2 negeri yang ramai orang melayu selain Kelantan.

Memang BANGANG betul la SPR ni.


Nota kaki makan cekam:  Lawan tetap lawan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...