Calon PAS perlu lagi sekurang-kurangnya 200 undi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 23, 2010

Calon PAS perlu lagi sekurang-kurangnya 200 undi?

PAS dah pun mengumumkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon yang akan bertanding atas tikep Pas untuk PRK N45 Galas. Najib katanya dijangka akan mengumumkan calon Umno pada penghujung AGM Umno yang tengah berlansung di PWTC.

Nampak gayanya, belum tak tertunai impian aku nak tengok Pas letakkan calon dari kalangan orang asli walaupun nama Pandak Panjang Ey, seorang jurutera katanya termasuk dalam senarai akhir calon. Mungkin PRU13 kut akan ada calon Orang Asli mewakili Pas.  

Apa pun, aku cukup seronok baca analisa PRK N45 Galas yang Zulkifli Sulung tulis dalam Harakahdaily dan dimuatkan jugak dalam laman web rasmi PRK N45 Galas. Satu analisa yang cukup sedap dibaca. 

Pas nampaknya mengambil realiti apa yang jadi masa PRK Manek Urai sebagai pengajaran. Selain apa yang disebutkan oleh Cikgu Wan Rahim tu, aku yakin banyak lagi kelemahan masa di Manek Urai dah pun dikenal pasti.

Katanya kali ni Pas memilih untuk meletakkan calon Pas dalam keadaan kalah iaitu 48% walaupun masa PRU2008 allahyarhan Hj Hashim Sulaima menang dengan undi 54% dengan mengambil unjuran peratus kemerosotan undi di PRK Manek Urai sebanyak 6% sebagai dasar.

Maknanya jentera PAS perlu berusaha dengan target yang jelas, kalau nak menang, jentera Pas perlu cari lagi tambahan sekurang-kurangnya 2% undi baru yang mungkin sekitar 200 undi (mengambil kira peningkatan keluar mengundi di Manek Urai 3.5%)

Aku yakin, bilik gerakan PRK N45 Galas dah pun buat congakan kat nama depa nak cari 200 tambahan undi tu dan dalam masa yang sama berusaha memastikan undi PRU2008 seminima mungkin yang lari kepada Umno.

Bagi sesetengah orang, angka 200 undi mungkin akan dianggap sikit tapi bagi yang biasa bermain dengan angka di bilik gerakan, 200 undi bukan satu angka yang kecik. Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah nak dapat tambahan undi tambah-tambah lagi dalam tempoh kempen. Pasainya masing-masing pihak tentu punya berusaha sebaik mungkin agar pengundi depa tak lari.

Tambah-tambah pulak kebanyakkan pengundi dah pun buat keputusan awal tentang parti mana yang depa nak pilih kali ni, walaupun belum tengok sapa calonnya.

Aku harap calon Pas kali ni ada "aura tersendiri" supaya faktor calon boleh meningkatkan sikit peratus tu, dengan sedikit "make up" kepada aura tu, tak mustahil faktor calon saja pun boleh dapat lebih dari 2%.

Lagi satu, aku jugak yakin, Pas Kawasan Gua Musang dah pun kenal pasti masalah-masalah dan isu-isu yang Allahyarham Hj Hashim Sulaima semasa jadi wakil rakyat belum berjaya diselesaikan.

Dengan kerja kuat jentera dan sokongan doa dari semua ahli dan penyokong Pas insyaallah kerusi Dun Galas dapat dipertahankan.


Nota kaki makan cekam:  Aku tak sabar nak tengok videoclip hasil kepala otak Awang Janggut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...